27 April 2014

Soal Hati


Assalamualaikum.

Makin hari makin bertambah umur. Sejujurnya, tahun nie dah 22 tahun, dah dua tahun masuk zaman puluh. Kawan, teman dah ramai ke alam rumahtangga dan bakal ke alam tu. Maka, diri ini selalu terjebak dengan perasaan yang sama.

Ingin memiliki dan dimiliki yang halal sebagai tempat berpaut, bergantung, berkasih sayang. Hati ini selalu cemburu melihat mereka yang berpasangan sampai satu saat seorang lelaki menghulurkan lamaran. Ya, sebagai teman lelaki kata orang. "Aku dah ada boyfriend" "Aku bukannya tak laku" bermain dalam fikiran.



Harian dah berubah. Bangun pagi ada ucapan, sebelum tidur ada ucapan. Bahagiakah ? Tanya pada hati. Bahagia jawapan pada saat awal, tiada lagi perasaan iri hati bila terjumpa orang berdating. Betul ke bahagia ? Tanya lagi. Sejujurnya tiada yang istimewa dalam hubungan ini. Apa yang dirasa bukan kebahagiaan tapi sekadar pengisi kesunyiaan. Soal hati tak boleh dipaksa, aku minta maaf. Aku bawa diri, selamat tinggal Nazri. 

Cinta yang istimewa adalah cinta yang halal.