30 December 2013

Bila Hati Terasa Rindu


Assalamualaikum..

Dalam cinta, ada sayang. Bila sayang pasti ada rindu. Rindu itu subjektif, rindu boleh jadi pada semua. Benda yang biasa dirindui ialah orang, kenangan dan keadaan tertentu. Intro kemain jiwang, buat sentap hati sendiri sampai rasa nak nangis. Hehe 


Ya Allah ! tak pernah lagi selama hidup Mimie tersedar dari tidur dengan menangis sebab mimpikan seseorang. Eh, bukan seorang tapi dua. Disebabkan terlalu rindu mungkin sampai ternangis tanpa sedar. Hehe malu ! Mimie rindukan kedua-dua arwah atuk. Atuk Musa dengan atuk Salleh. Siyesly, tak pernah rasa rindu sampai macam nie. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Doa dari seorang cucu sentiasa ada untukmu atuk-atuk ku.