27 September 2013

Lama Tak Menulis. :-(


Assalamualaikum..

Almost lima bulan Mimie tak sign in, tak menaip even singgah kat blog sendiri. Sekarang terasa jangal yang teramat bila nak bercerita dekat sini. Takut takde yang nak baca :-( . Last entry yang lima bulan lepas Mimie taip sehari sebelum hari terakhir dekat Chendering, Terengganu. New entry yang Mimie taip sekarang nie fresh from Arau, Perlis. Lima bulan pertengahan dekat Tumpat, Kelantan, Mimie tak usik apa-apa pun dekat sini.

Sekarang, Mimie officially full-time student degree. Yup ! UiTM sentiasa di hati ku. Ye dak ? UiTM Arau, Perlis jadi tempat baru untuk Mimie menimba dan menambah ilmu. Alhamdulillah, pilihan pertama yang Mimie dapat tapi tempat yang bukan pilihan Mimie dapat.

Dah habis tiga minggu Mimie dekat sini sebagai pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Gunaan atau singkatannya BSAC. Mimie rasa macam dah start sibuk. assignment dah ada, report dah ada. Jadual masih tunggang langgang sebab ada subjek tak boleh nak daftar sebab clash jadual dan Mimie dah terponteng satu kelas sebab tak alert dengan jadual kelas. Semua sebab konfius dengan pengecualian kredit (pc) subjek tertentu. Mimie masuk terus semester dua dan kena carry satu subjek semester satu sebab tak dapat pc.

Oke la, dah cukup kot comeback entry nie, hikhik. Segan pulak rasa nak publish entry nie, terasa macam kita nie newbie je lagi. Banyak sangat cerita yang Mimie nak post dekat sini tapi tu la haa macam-macam rasa ada. 

Korang jemput-jemput la singgah blog bersawang nie selalu lepas baca post nie, Insyaallah lepas nie Mimie cuba post entry seboleh mungkin. K la, Assalamualaikum.. :-)


1 comment:

twinscraftlife said...

Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com