12 April 2013

Selamat Tinggal Terengganu


Assalamualaikum..

Selepas seminggu habis exam. Setelah puas meronda, berjalan, bermesra dengan teman-teman rapat, kawan sekelas dan housemates. Kejap je rasa tiga tahun, dah sampai masa untuk meninggalkan semua. Pulang bersama kenangan terindah, suka duka dan memori.

Kawan-kawan lain dah lama balik. Mimie nak jadi yang terakhir mungkin. Biarlah ditinggalkan, tak sanggup nak tinggalkan mereka. Dari habis last paper, boleh dikatakan menangis hari-hari. Bercakap pun air mata bergenang, ketawa pun jadi nangis last-last apatah lagi dok sorang-sorang. Mudahnya air mata menitis. Peritnya mata masih terasa, apatah lagi peritnya perpisahan.

Hampir tiga tahun di Terengganu. Payahnya rasa nak tinggal walaupun dulu tak suka dapat sambung kat sini. Yela, Apa ada dekat sini ? Mall pun harapkan Mydin Mall je. Tak remaja kan. Tapi hakikatnya Mimie fall in love dekat pantai-pantai dekat sini.

Tapi di Chendering, Terengganu nie lah Mimie jumpa dan ada sahabat yang ohsem, sahabat yang sangat  protective, caring. Bergaduh, masam muka macam dah biasa tapi itu la yang menjadi kenangan *nanges*.Kawan sekelas mungkin ada yang annoying, tapi itulah yang mengundang ketawa. Coursemates yang bermacam ragam tapi mereka la yang menceriakan falkuti.


Ah ! Semuanya dah jadi kenangan. Kepada warga UiTM Chendering, Kuala Terengganu yang mengenali saya/aku/Mimie menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Especially penduduk Bukit Bayas ( Din, Abduh, Iwan, Afiq, Pjie, Mirul, Amin, Zahidi ), roommates and ex-roommates ( Eda, Melyn, Tihah, Mira, Kak Nor, Pija, Lin ) and housemates (Tiey, Husni, Shida, Kak Ika, Kak Hani, Kak Nor, Ana, Fina, Wani, Puteri, Fizah, Mizah). Terima kasih sudi jadi kawan dan teman saya.

Doa perpisahan. Kenang daku dalam doamu, sahabatku.


10 April 2013

Blocking Night DiSA . The Farewell


Assalamualaikum..

Cerita ini dah basi actually. Sudah sebulan berlalu (7/3/2013) tapi Mimie meronta nak update jugak. Why? Sebab ianya kenangan. Tau kenangan? Walaupun hanya buat dekat Dewan Utama dengan tema kemain lagi gah tapi tak mengecewakan. 

Suku dari student part 6. Sekarang dah terpisah semua.

Seketul gambar cukup eh. Malulah nak post banyak-banyak, orang lain bukan main melaram dengan baru baru. Mimie pakai baju pergi kelas selang 2 3 minggu sekali. Sedih weh, sebab tu mula-mula tak nak pergi. Haha

Significant dinner ala jamuan perpisahan nie (for me), kami dapat berkumpul sepenuhnya untuk terakhir kali. Yang tak pernah bercakap sebelum nie, kita kenal malam tu. Not bad actually diaorang nie, kita je yang tak kenal rapat. Sebab tu orang kata "tak kenal maka tak cinta" .


7 April 2013

Lawak : Laju Gila


Assalamualaikum.

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pe­milik kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tetapi tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-t­iba datangla sebuah kereta Evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."A'ha rosak." Jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." Mamat nie bagi idea.

"Orait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan­ slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......b­edesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada­ tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........s­ebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'




Keywords Minggu Ini


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Trafik semakin hari semakin memberansangkan.


Masih terfikir. Adakah blog Mimie nie blog hiburan ? Haha

5 April 2013

Bukan Lagi Seorang Pelajar.


Assalamualaikum..

Tajuk kemain bangga nak bagitahu yang saya tak perlu lagi bersusah payah mentelaah bagai nak rak tapi dalam exam tak boleh jawab. Soalan yang susah ke ? saya yang study tak smart ke ? salah pembuat soalan yang soalan kemain lagi ? Salah siapa sekarang... Tapi yang sah bukan salah ibu yang mengandung oke. 

Lagi satu, mohon jealous kepada warga diploma UiTM yang tak habis exam lagi ya. Saya dah boleh enjoy sepuasnya sekarang. Bukan sehari dua saya boleh enjoy, tapi berbulan-bulan. Mohon jealous sekali lagi. Haha. Nak bagitahu sekali, esok saya nak pergi BBQ dekat tempat yang saya tak pernah pergi lagi sepanjang hampir tiga tahun dekat Terengganu kiter nih.

Nah. untuk korang. Baca tau, copy letak hujung kepala katil. Biar dapat semangat hari-hari. Hehe

Entry merapu meraban nie tanda eksaited habis belajar aka tamat diploma. Umur dah tua, baru habis diploma, degree tak sambung lagi. Tua dengan belajar je saya, mana nak sara mak abah lagi, nak kahwin lagi. Huwaa ! sedih.... 

NOTE: Doakan supaya saya dapat sambung degree bulan september nanti boleh ? Hehe. Entry pakai "saya" macam ayu je saya Mimie. Haha



3 April 2013

10 Sebab Buta Hati. #Wordless Wednesday


Assalamualaikum.


NOTE: Jagalah hati, jangan kau kotori. Pernah dengar lagu nie ?


New Music Video All Time Low - The Wanted


Assalamulaikum.

I was introduced to The Wanted since I was early teenager ago but they are not my obsession. The Wanted such a great band with the hot members. They have a great voice and some of their song lyrics' may inspired me. 

The Wanted. Nathan such a cute guy :) I loike. Muahaha

Old. Terbaikkkkk !
All Time Low Official MV.

New. Still awesome !
The Wanted - All Time Low (The Live Experience) 

2 April 2013

Isteri Abil Fikri, Fauziah Meninggal Dunia


Assalamualaikum.

Abil Fikri. Sape yang tak kenal kan ? Dia bukan selebriti apatah lagi VIP tapi dia seorang yang suami yang bertanggungjawab, suami yang penyayang dan dia juga seorang yang sangat pegang amanah dari Allah, amanah untuk menjaga seorang wanita bergelar isteri.

Dia diduga apabila isteri yang dicintai jatuh sakit yang bukan sedikit tapi kritikal. Dengan rasa tanggungjawab dan amanah, dia berhenti kerja untuk menjaga isterinya dengan lebih sempurna. 

Mimie printscreen. sorry, blurr sikit.

Menurut status facebooknya Dana Sinar Fauziah Kak Fauziah telah menghembuskan nafas nya yang terakhir. Al- fatihah. Semoga roh Kak Fauziah bersama orang yang beriman dan mulia di sisi Allah SWT dan semoga Abang Abil terus tabah. Takziah diucapkan.


NOTE: harap sangat dapat suami macam Abang Abil. :)