17 March 2013

Near To The End


Assalamualaikum..

Blog sunyi. Tuan empunya blog kebelakangan ini sibuk, tak sempat bercampur malas nak update. Penat weh mengalahkan kerja tukang rumah. Hiperbola di situ. 

Minggu nie minggu terakhir sebelum tuan blog melompat sampai ke siling meraikan status habis belajar. Tetapi betapa seksanya untuk melepasi minggu terakhir di sini dengan empat test berderet bermula isnin sampai khamis, pertambahan lab report yang perlu di hantar. Sadisnya hidup tuan blog minggu ini.

Jadual final exam tuan blog dah lama keluar. Bermula 30/3 sampai 5/4. Setiap paper selang dua hari. Paper final tuan blog tiga jer, sikit je kan? Yang sedikit bilangan subjek je. Yang banyak tak hengat cuma bilangan chapter setiap subjek je. So, sedikit campur banyak sama dengan suder duper sikit dan banyak. Oh, tuan blog mintak penampar di situ.

Begitulah sadisnya hidup tuan blog sebagai pelajar semester akhir di akhir semester. Tuan blog selalu berdoa supaya Allah SWT kuatkan semangat tuan blog dan tuan blog pun nak sahabat blog doakan tuan blog jugak.  Boleh kan? nak sikit je. hehe


Kalau ada masa bercampur rajin, tuan blog ingat nak update pasal dinner tak berapa nak dinner dengan aktiviti dekat kuala pilah. Kalau lah rajin kan. hehe

2 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

semoga berjaya dalam exam...

combi said...

xpe..hidup student nati akan berakhir :)