29 March 2013

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Assalamualaikum.


Pelakon dan pengacara TV serta ikon untuk halaman facebook Bercinta Selepas Nikah, Irma Hasmie Ibrahim telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami Irma, Redza Syah Azmeer di laman Twitternya dengan menulis,
“Alhamdulilah, Kurniaan Allah dah selamat lahir 8.51 pagi, berat 3.93 kg”

gambar-anak-lelaki-irma-hasmie
Malah Redza juga sempat berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.Pasangan ini selamat di ijabkabulkan pada 29 Jun tahun lalu di Dewan Persidangan Putrajaya dan majlis resepsinya berlangsung di MAEPS, Serdang.

anak irma hasmie
Tahniah diucapkan buat Irma dan Redza. Selamat menjadi ibu dan ayah. Semoga anaknya menjadi anak yang soleh nanti.

1 comment:

diana said...

Alhamdulillah..