28 March 2013

Destinasi Cinta Sara


Assalamualaikum.

Siapa tengok telemovie nie? Baru je habis. Best tak? Ok la kan. Mimie excited tengok sebab nak tengok Afiq Muiz je. Tengok iklan, Afiq Muiz berlakon, terus save the date. Haha. Poyo je kan. 

Yang tak sempat tengok tu, InsyaaAllah akan ada ulangan. Biasala Astro kan. So, don't worry.

Iman dan Sara. :) Dua-dua mantap. Sorang hensem, sorang lawa bila simple macam tu.

Sinopsis:

Sara dan Liza adalah adik beradik. Sara bekerja di butik pengantin. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail. Mengalah dengan adiknya,Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.Pada masa yang sama,Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi. Dalam mengubat hati yang lara,Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mencintai sebenarnya mencintai Iman berbanding Mikhail.

Afiq Muiz aka Mikhail handsome. Abaikan Nadiya Nissa. Sila bayangkan Mimie di situ. Muahaha

Liza si perempuan materialistik. Sanggup curang dengan Mikhail Mimie.

Note: Jangan suka mainkan perasaan orang yang sayangkan kita. Dalam hidup, jangan terlalu materialistik nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong hilang entah ke mana.

4 comments:

combi said...

erk.nie telemovie ke?bkn drama?laaahhhhhh..ble bleh tengok ulangan nie...td trlps...:(

Mimie said...

@combi

a'ah.. telemovie. tak pe, akan ada ulangan. tunggu je, macam tak kenal astro. hehe

diana said...

Ye la..astro kan..entah2 esok siang dah ada ulangan nya...

Sue-Rya Qistina said...

hmmm..nampak menarik je telemovie ni. pelakon2 pun mantop! tapi xde astro la pulak. huhu