4 March 2013

An Another Way.


Assalamualaikum.



Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Lokasi: Bukit Besar, Kuala Terengganu. Dari pandangan atas.

Kalau dulu tak pernak terlintas pun di fikiran Mimie untuk jogging. Bermula dari ajakan housemate bila Mimie tinggal sorang bila roomate semua balik kampung, lastly jogging is fun ! Since kita jogging kawasan yang cantik, indah lagi damai, then itu sebenarnya boleh tenangkan fikiran kita.  

Kali ketiga. Masa nie dah macam addicted sikit.

Masa kali ketiga (Jumaat) Mimie daki untuk sampai ke atas bukit besar tu Mimie rasa tenang sangat. Mana tak tenang bila alunan al-Quran dan tazkirah macam mengiringi perjalanan kita. Subhanallah ! Lepas hari tu, rasa macam tak pergi sana selalu tapi tak dapat sebab jauh.

Kali keempat. 4/3/2013. 

Excited Mimie untuk mendaki hari nie hanya untuk tenangkan fikiran walaupun rasa letih sangat. Fikiran Mimie serabut sangat, perasaan macam tak tenteram. So, Mimie naik dengan harapan fikiran boleh tenang sikit. Alhamdulillah ! tempoh termenung sekejap je bila datang sahabat-sahabat yang menceriakan. Bila ketawa boleh hilang dan kawal rasa sedih sikit.


#Motif entry nie, Mimie nak bagitahu yang bila kita sedih atau gelisah, tengoklah alam. In Shaa Allah, hati akan tenang. Ketawa dan buat benda yang kita suka juga satu cara lain selain dari berdoa dan muhasabah diri.


1 comment:

arifah said...

Setuju, bila kita lihat alam Allah, terasa tenang dan hilang masalah :) bukti kebesaran Allah kan?