31 March 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia !


Assalamualaikum.

Drama tengah hot sekarang dekat TV3 ganti Hanya PadaMu. Baru je lepas satu episod. Mimie tak sempat lagi tengok, sibuk dengan final exam.


SINOPSIS:

Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.


Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Yang terlepas boleh daftar www.tonton.com.my untuk tengok. Mimie nak marathon bila habis final nanti. Tak sabar !

Sumber : TV3 

30 March 2013

Redza Syah Irfhan. Nama Anak Irma Hasmie


Assalamualaikum.

Baby boy comel nie nama Redza Syah Irfhan. Comel kan nama dia. Semoga jadi anak soleh macam ibu dan ayah dia bila besar nanti. InsyaAllah.





29 March 2013

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Assalamualaikum.


Pelakon dan pengacara TV serta ikon untuk halaman facebook Bercinta Selepas Nikah, Irma Hasmie Ibrahim telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami Irma, Redza Syah Azmeer di laman Twitternya dengan menulis,
“Alhamdulilah, Kurniaan Allah dah selamat lahir 8.51 pagi, berat 3.93 kg”

gambar-anak-lelaki-irma-hasmie
Malah Redza juga sempat berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.Pasangan ini selamat di ijabkabulkan pada 29 Jun tahun lalu di Dewan Persidangan Putrajaya dan majlis resepsinya berlangsung di MAEPS, Serdang.

anak irma hasmie
Tahniah diucapkan buat Irma dan Redza. Selamat menjadi ibu dan ayah. Semoga anaknya menjadi anak yang soleh nanti.

28 March 2013

Destinasi Cinta Sara


Assalamualaikum.

Siapa tengok telemovie nie? Baru je habis. Best tak? Ok la kan. Mimie excited tengok sebab nak tengok Afiq Muiz je. Tengok iklan, Afiq Muiz berlakon, terus save the date. Haha. Poyo je kan. 

Yang tak sempat tengok tu, InsyaaAllah akan ada ulangan. Biasala Astro kan. So, don't worry.

Iman dan Sara. :) Dua-dua mantap. Sorang hensem, sorang lawa bila simple macam tu.

Sinopsis:

Sara dan Liza adalah adik beradik. Sara bekerja di butik pengantin. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail. Mengalah dengan adiknya,Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.Pada masa yang sama,Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi. Dalam mengubat hati yang lara,Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mencintai sebenarnya mencintai Iman berbanding Mikhail.

Afiq Muiz aka Mikhail handsome. Abaikan Nadiya Nissa. Sila bayangkan Mimie di situ. Muahaha

Liza si perempuan materialistik. Sanggup curang dengan Mikhail Mimie.

Note: Jangan suka mainkan perasaan orang yang sayangkan kita. Dalam hidup, jangan terlalu materialistik nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong hilang entah ke mana.

27 March 2013

Dugaan


Assalamualaikum..

Hati nak study, mata nak tidur. Dugaan nak menghadap final exam yang paling poyo. 

Perghh ! Bestnya tidur.





I Want To Be Brave


Assalamualaikum..

I have to admit that I am not a courage girl on earth. Own "muka ganas" like my friend told me but I am super duper "penakut". Yes ! 200 percent I am admit. Ghost or scary movie is one of my phobia.I know is such a silly and stupid phobia and I know as a Muslim I need and must scare only to Allah SWT and for sure I do. 

Honestly, I never spend my leisure time watching scary movie even it is comedy and I always pretend that I am brave stay or online alone at the midnight. Hypocrite! I am. My dad always get angry with me and my mom and siblings always laugh at me and teasing me with my fear. It such a joy for them and I hate that much. 


It's might not worked for me. My purpose is to help you find your inner courage and push it forward.

How to overcome fear?

Learn to curb your fears. Realize that everyone is afraid of something. Courage does not mean an absence of fear. Courage is control over your fear. A courageous person acts in spite of his fear to move forward.

Face your fears. The only way you can develop courage is to be aware of your fear and confront it consciously and continuously. Face each fear-inducing situation as a challenge and your fears become weaker while you grow stronger.

Desensitize yourself to your fears. There is a technique called ‘systematic desensitization’ which is used to treat phobias and other extreme or erroneous fears based on principles of behavior modification. In this technique, you do a fearful act over and over again until it has no more power over you. 

Your action plan in your efforts to overcome fear include the following steps:

Define what courage is in your mind. It can be learning to drive, staying alone at home, going for a walk alone, swimming, etc. People are afraid of so many different things and what is simple to you may not be so for the another person.

Identify your fears. Know and understand your fears first.

Write down a list of all your fears. Be honest with yourself and do not be ashamed of admitting your fear of even the silliest thing in life. Once your list is done, write down specific actions that you can take in order to overcome those fears.

Prioritize your tasks.

Take action today.


 => Takut boleh di atasi dan keberanian boleh dibentuk. Keberanian sangat penting tau sebab ketakutan/fobia adalah kekurangan dan mungkin sifat malu boleh timbul. Doakan Mimie agar boleh hilangkan rasa takut dekat hantu. Haha. Jangan gelakkan saya, please !


21 March 2013

Sakit Kepala.


Assalamualaikum.

Hari nie semua orang dok update pasal result SPM keluar. Terbalik aihh Mimie nak update pasal sakit kepala. Mimie selalu bangga sebab tergolong dalam golongan yang sihat walafiat. Demam setahun kadang-kadang sekali je, Mimie bangga dengan antibodi Mimie. hehe Alhamdulillah.

Cuma lately, Mimie kerap sakit kepala. Sebelum nie, sakit biasa-biasa je masih boleh tahan. Ya Allah! minta jauh sakit seperti semalam, sakit tak tertahan sampai kena paksa untuk tidur walaupun tak mengantuk. Bila buka mata, rasa loya macam first preggy. Kepala yang berdenyut terasa bergerak bila sentuh dengan tangan. Why? why?. I hate my physical when sick. Mimie tak boleh nak bercakap, orang bercakap kuat sikit rasa nak marah, tak boleh buat benda yang perlu dibuat. Menci! Menci! 

Auchhh !

Sebab Utama Sakit Kepala:
  • Stress
  • Kaffein
  • Cuaca
  • Dehydration
  • Ubat-ubatan
  • Pola tidur yang berubah


17 March 2013

Near To The End


Assalamualaikum..

Blog sunyi. Tuan empunya blog kebelakangan ini sibuk, tak sempat bercampur malas nak update. Penat weh mengalahkan kerja tukang rumah. Hiperbola di situ. 

Minggu nie minggu terakhir sebelum tuan blog melompat sampai ke siling meraikan status habis belajar. Tetapi betapa seksanya untuk melepasi minggu terakhir di sini dengan empat test berderet bermula isnin sampai khamis, pertambahan lab report yang perlu di hantar. Sadisnya hidup tuan blog minggu ini.

Jadual final exam tuan blog dah lama keluar. Bermula 30/3 sampai 5/4. Setiap paper selang dua hari. Paper final tuan blog tiga jer, sikit je kan? Yang sedikit bilangan subjek je. Yang banyak tak hengat cuma bilangan chapter setiap subjek je. So, sedikit campur banyak sama dengan suder duper sikit dan banyak. Oh, tuan blog mintak penampar di situ.

Begitulah sadisnya hidup tuan blog sebagai pelajar semester akhir di akhir semester. Tuan blog selalu berdoa supaya Allah SWT kuatkan semangat tuan blog dan tuan blog pun nak sahabat blog doakan tuan blog jugak.  Boleh kan? nak sikit je. hehe


Kalau ada masa bercampur rajin, tuan blog ingat nak update pasal dinner tak berapa nak dinner dengan aktiviti dekat kuala pilah. Kalau lah rajin kan. hehe

9 March 2013

Quotes Of The Night


Assalamualaikum..

#1

#2

Source: Tumblr.com

Bau Bau Perpisahan


Assalamualaikum.

Part of us.

It's almost three years see the same faces everyday and less than a month we're going to separate. I love to know about them more since I did not know them well until now but there no more time left. How sad it is. 

Masa tak kenal dulu, macam-macam andaian. Dia tu lawa lah, dia tu handsome lah, dia tu gedik la, dia tu comot lah, geng dia hot la dan macam-macam lah. Aku dengan geng aku, kau dengan geng kau. Mengata then turn to mengumpat macam aktiviti harian.

Bila dah naik sem semakin kenal orang, persepsi buruk hilang sedikit demi sedikit. Now, I fell in love with them. They can be friends and we are friends now ! Although we just give a smile when we are meet but when someone ask me about her/him I will said that I know them and he/she is my friends.

Sekarang kita dah semester 6 yakni semester akhir. Lepas nie semua orang bawa hala tuju masing-masing. Bila ada rezeki sambung degree nanti kalau bertuah mungkin ada lagi yang masih bersama atau mungkin kena bermula dari bawah sendirian. 

Setiap pertemuan ada perpisahan. Mungkin kah ada kebahagiaan dalam perpisahan ini? Kami sudah bau perpisahan ini dari hati. ;(




7 March 2013

Aku Blogger Sombong ?


Assalamualaikum.

Nah ambik sombong kau. Haha

Mimie tak hot untuk sombong-sombong nie, setakat blogger level air sejuk je takde maknanya mak nak sombong eh. 

Sebagai pelajar semester akhir, Mimie sedikit sibuk dengan tuntutan sebagai seorang pelajar. Tambahan pulak, Mimie tiga minggu lagi nak final exam so, faham-faham la ek. Kalau tak sibuk mana pun, bila malas menguasai diri satu benda pun tak jadi. 

Jangan ingat Mimie tak singgah blog korang. Sorry to say lah, I'm proud to be a silent reader. It's much better dari tak singgah langsung kan? Kadang-kadang nak BW pun kena ada mood, setakat mood kelaut baik tak payah. Tak kan ada input yang dapat diterima kepala den.

# Mimie tak nak jadi sombong. Nanti bila Mimie singgah, Mimie akan tinggal jejak. Buat masa sekarang Mimie sedikit busy dengan kehidupan pelajar. Lastly,Terima kasih sudi singgah blog Mimie. Muah untuk semua. ;)


5 March 2013

Recipe of Happiness


Assalamualaikum.


Bahagia itu pilihan. Miliki dulu bahagia sebelum berkongsi dan memberi kebahagiaan kita. Hidup di dunia masalah, ujian dan cabaran adalah normal. 

Kalau kita tengok orang bahagia, kita akan assume, dia dapat semua yang dia mahu. Pandanglah semua orang dengan sudut pandangan positif. Tipula kalau orang yang dapat semua yang dia nak akan bahagia sebab semua orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.


4 March 2013

An Another Way.


Assalamualaikum.



Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Lokasi: Bukit Besar, Kuala Terengganu. Dari pandangan atas.

Kalau dulu tak pernak terlintas pun di fikiran Mimie untuk jogging. Bermula dari ajakan housemate bila Mimie tinggal sorang bila roomate semua balik kampung, lastly jogging is fun ! Since kita jogging kawasan yang cantik, indah lagi damai, then itu sebenarnya boleh tenangkan fikiran kita.  

Kali ketiga. Masa nie dah macam addicted sikit.

Masa kali ketiga (Jumaat) Mimie daki untuk sampai ke atas bukit besar tu Mimie rasa tenang sangat. Mana tak tenang bila alunan al-Quran dan tazkirah macam mengiringi perjalanan kita. Subhanallah ! Lepas hari tu, rasa macam tak pergi sana selalu tapi tak dapat sebab jauh.

Kali keempat. 4/3/2013. 

Excited Mimie untuk mendaki hari nie hanya untuk tenangkan fikiran walaupun rasa letih sangat. Fikiran Mimie serabut sangat, perasaan macam tak tenteram. So, Mimie naik dengan harapan fikiran boleh tenang sikit. Alhamdulillah ! tempoh termenung sekejap je bila datang sahabat-sahabat yang menceriakan. Bila ketawa boleh hilang dan kawal rasa sedih sikit.


#Motif entry nie, Mimie nak bagitahu yang bila kita sedih atau gelisah, tengoklah alam. In Shaa Allah, hati akan tenang. Ketawa dan buat benda yang kita suka juga satu cara lain selain dari berdoa dan muhasabah diri.


3 March 2013

Adakah Ini Spam ?


Assalamualaikum.


Ehem..ehem.. Mimie nak tanya nie komen dengan bahasa alien yang Cik Anon tinggalkan nie spam ke ape? Tiap-tiap hari mesti ada, dah la banyak. Tapi dia bukan dalam folder spam. Komen yang macam nie, Mimie tak approve pun tapi delete. Takut ! hehe

So, Mimie nak tahu Spam ke kalau komen macam tu ? Bahaya tak kalau ter approve. Saja nak tahu, hehe. *Blushing