4 February 2013

Tangan Yang Diatas


Assalamualaikum.

Dalam dok termenung menanti iklan habis menonton Setia Hujung Nyawa, tiba-tiba teringat dekat sorang pak cik nie masa Mimie joging dengan housemate dua minggu lepas. Pak cik nie tak cukup duit (RM 18) nak baiki rantai motosikal dia yang terputus. Kesian sangat tengok dia dengan suara yang sedih tu buat kami lagi sedih. So, kami decided bagi duit nak tambah duit yang tak cukup tu. 

Kami dibalas dengan doa "semoga kami dimurahkan rezeki". ~Amin. Alhamdulillah. Lebih daripada cukup balasan tu. Cuba bayangkan orang yang kita sayang berada dalam situasi begitu, Ya Allah mintak dijauhkan. Doakan semoga kita sentiasa murah rezeki. Apepun, paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.


"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

2 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

beringat-ingat dan bersedekah :)

AmalinaLee said...

Baiknya hati awak. Moga Allah membalasnya ;)