27 February 2013

Marah !


Assalamualaikum..

Hai.. Blog sunyi tanpa entry dua minggu, tiba-tiba keluar entry yang sedikit sentap macam nie. Aishh ! Mimie marah orang ke Mimie yang kena marah nie? Tak kisah lah mana-mana pun, yang Mimie cuma nak highlight kat sini ialah perasaan marah ada pada semua orang

Salah satu cara marah yang sedikit bermoral. Haha

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.

Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

Pesanan buat semua, belajar lah memaafkan. Jangan di ikut sangat perasaan marah tu, tak ada nya kebaikan dari sifat marah tu. Amarah itu dari syaitan ! Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Biar angry bird je yang suka marah-marah. Kita tak mau yer. hehe



12 February 2013

KELATE vs ENGLISH


Assalamualaikum..

Jangan main-main dengan Kelantan. Haha

Proud to be Kelantanese walaupun selalu dipulaukan oleh masyarakat luar. :D


11 February 2013

Slot Akasia: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi


Assalamualaikum.

Rindu Bertamu di Abu Dhabi menggantikan drama Setia Hujung Nyawa.


Drama bersiri ini dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Aiman Hakim Ridza, Fauziah Ghous, Dato' Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi Safwan dan Syatilla Melvin.

Selamat menonton. :D

10 February 2013

Special For My Friends


Assalamualaikum..

Nagging by IU and Seulong.

Bila dengar lagu nie, selalu teringat dekat kawan-kawan, ingat saat indah dan ceria bersama. :D


9 February 2013

Setia Hujung Nyawa


Assalamualaikum.


Drama Setia Hujung Nyawa dah habis. So, Mimie ingat nak cari novel dia pulak. Boleh dibuat bahan bacaan sempena cuti tahun baru cina seminggu nie. Mintak ada stok lagi la, kemaruk nak baca novel dah datang nie. 




8 February 2013

Antara 6 Kelebihan Hari Jumaat


Assalamualaikum..

Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

~SUMBER... 


4 February 2013

Tangan Yang Diatas


Assalamualaikum.

Dalam dok termenung menanti iklan habis menonton Setia Hujung Nyawa, tiba-tiba teringat dekat sorang pak cik nie masa Mimie joging dengan housemate dua minggu lepas. Pak cik nie tak cukup duit (RM 18) nak baiki rantai motosikal dia yang terputus. Kesian sangat tengok dia dengan suara yang sedih tu buat kami lagi sedih. So, kami decided bagi duit nak tambah duit yang tak cukup tu. 

Kami dibalas dengan doa "semoga kami dimurahkan rezeki". ~Amin. Alhamdulillah. Lebih daripada cukup balasan tu. Cuba bayangkan orang yang kita sayang berada dalam situasi begitu, Ya Allah mintak dijauhkan. Doakan semoga kita sentiasa murah rezeki. Apepun, paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.


"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

2 February 2013

Friends


Assalamualaikum..


I make friends not enemies. I want create a bond not a bomb. 

Saranghae all the chingusss. I tie my friendship with love <3


I miss my childhood bestfriends ! I can't see our pictures together to remind all the memories since my lappy 'meroyan'. They are my great bestfriend that I had. I can't update about them since all the pictures are missing.


10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Assalamualaikum..


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum.

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Sumber: http://myibrah.com/10-perkara-yang-yahudi-seboleh-bolehnya-tidak-mahu-dunia-tahu

Amar Asyraf , Afiq Muiz Semakin Popular :D


Assalamualaikum..

Amar Asyraf, Afiq Muiz. Sape yang tak kenal pelakon (hero) yang sedang meningkat naik nie? Peminat drama melayu mesti kenal kan? Both are handsome tau. Melting sihh Mimie tengok, adore tiba-tiba ok.

Amar Asyraf. Kenal ke tidok? Tipula kalau tak kenal kan. Tiap petang dok melangut depan tv takkan la tak kenal. hehe

Amar Asyraf makin popular dan lebih dikenali dalam drama Setia Hujung Nyawa dengan watak Zain Hakimi. Penampilan baru dengan imej berambut pendek dan kemas membuat dia menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana termasuk Mimie kot. hehe 

Zain yang handsome dan El yang kiut. So sweet together. :)

Dia jauh lebih handsome dari imej serabai dalam Dalam Hati Ada Taman, kelakar doe dia dengan rambut kerintingnya tu.


Afiq Muiz. :)

Afiq muiz juga pelakon yang sedang meningkat naik dan popular penangan watak Emir dalam Mimpi Cinderella. Dia digosip bercinta dengan Eina Azman heroin Mimpi Cinderella tu, tapi tak tau la betul ke idok. Melepas lagi ! haha. 


Dengan memiliki wajah yang kacak, lakonan pun not bad kira ada pakej la mamat nie. hehe Kitaorang sebaya tau, cehh siyesly mula-mula kenal dia ingat dia dah 20++ tapi baru 20 ghupenya.

Nie hanya entry suka-suka. Semoga mereka berjaya dalam dunia kerjaya mereka. Wajah yang kacak/lawa hanya bonus, bakat itu yang memainkan peranan penting :D


1 February 2013

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes


Assalamualaikum..

Pejam celik dah 1 Februari dah. Cepatnya masa berlalu. Happy February to all ! hehe

Now, proceed to first segment joined on the first February. :)
Klik banner untuk join :D

1 Februari 2013(Jumaat) sehingga 22 Februari 2013(Jumaat)