13 January 2013

Lelaki & Perempuan Berkawan Baik.. Boleh Ke Tak ?


Assalamualaikum..
Perempuan dengan perempuan kalau dah berkawan rapat , persahabatan mereka memang mengalahkan pasangan couple ♥
Ada orang cakap lelaki dah perempuan tak boleh berkawan baik. Sebabnya, apabila mereka bartambah rapat akan timbul perasaan lain di hati mereka. Walau sedikit pasti pernah ada menaruh perasaan.
Siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik ? Ramai je manusia di muka bumi nie yang berkawan baik sampai ke anak cucu. Kalau kita faham apa maksud sebenar persahabatan, maka niat kita adalah untuk bersahabat.
Tapi ada ke dalam dunia nie lelaki dan perempuan yang berkawan tanpa menaruh perasaan ? Soal perasaan soal hati. Dalam hati orang, kita tak tahu apa dan macam mana di dalamnya. So, kita tak boleh nak assume dalam persahabatan tu timbul perasaan lain ke tidak. Kadang-kadang mata kasar tak mampu menjawab persoalan hati. Hehe

Same goes with Mimie. Mimie pun bersahabat baik dengan kaum Adam. =) Mimie selalu berdoa agar persahabatan nie tak terputus. 

Kami berenam, selalu bersama ! 3 lelaki dan 3 perempuan. Sahabat baik ke nie ? For me, sahabat baik la. Tapi tak la baik dengan yang tiga nie jer. Actually, ada la baik dengan budak laki lain cuma takde dalam gambar. Hehe
"You can be friends with anybody you want. Gender is not a deciding factor. If you meet somebody and like them as a person don't let something as small as their sex keep you from being friends. Good friends are very hard to find"

So kesimpulannya, tak salah kita nak berkawan, cuma pastikan ada batasannya. Insyaallah, akan bahagia bersama. :)


7 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

masa aku sekolah dulu, jarang aku tgk pmpuan dgn lelaki sahabat baik tak jadi cinta.

tapi dah tua dah ada pasangan sendiri, sahabat baik aku lelaki. okey je...

hamba said...

Islam menyuruh kita menhindari maksiat, bukan hanya maksiat pegang pegang sentuh2, tapi juga dari segi hati. Allah cipta kita dua jenis bersebab. Jangan bertemu dua jenis ini tanpa sebab yg betul. Adakah kita ramai2 bertemu dua jenis ini berjalan-jalan, perjalanan itu kita mulakan dengan Bismillah 'dengan nama Allah'. Lain pula andai kita bertemu dua jenis ini dengan niat untuk belajar, Kita mulakan dengan Bismillah. Biar kalau Allah tanya kenapa kita berkawan dengan mereka, kita boleh jawab hanya keranaMu. Berkawan boleh, tapi bertujuan. Pendapat saya.

ainil fazieda said...

xsalah pon klw perempuan nk kawan rapat ngn laki kan ? kena pndai jaga diri , tuh je :D

najihahfara said...

to be honest berkawan dgn lelaki jauh lebih best sebab lelaki ni lebih memahami dari perempuan. tapi yg x best bila dia start taruh harapan kat kita. 1 more thing kita kene ingat, even rapat mana pun kita dengan kawan lelaki kita still kita tetap kne jaga batas.

CXopportunities said...

it's quite tough actually for this situation. girl & boy can't be a bestfriend. i cn sure u 100% there will have another feeling each other. just maybe from one side. that's fact! :) it same goes to me :) i love my friendship wif him, so, i decide to choose our r/s as bff and not as bf/gf. :) but still, it's also hard for us.

Queen Sophia said...

mama kata tidak boleh....

wanie said...

Berkawanlah seandainya kita pandai jaga hati dan tidak langgar batas-ii syariat :)