31 January 2013

Hari ini. Esok dan Seterusnya


Assalamualaikum.


Hidup kita di dunia ibarat seperti pusingan roda. Sekejap kita di atas dan apabila roda itu diputar, mungkin kita akan ke bawah kembali. Hari ini mungkin kita di atas, esok kita mungkin lagi di atas tapi seterusnya kita tak tahu apa yang akan berlaku.

Semalam adalah benda yang dah berlaku, masa tak dapat diputar kembali dan semalamlah yang kita jadikan stepping point untuk hari ini. Bahagia semalam tak semestinya kita bahagia hari ini dan mungkin bahagia semalam menjadikan kita lebih bahagia pada hari ini.


Esok kita mungkin tak tahu apa yang berlaku. Andai kata tiada lagi nyawa kita di muka bumi ini, semuanya kita tak tahu. Tak tercapai di akal kita untuk memikirkan segala kemungkinan apatah lagi untuk membongkar  sepenuhnya rahsia Allah SWT.

Untuk esok kita tak tahu segala kemungkinan dalam hidup kita apatah lagi yang seterusnya. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah SWT. Sembilan akal nikmat kurniaan kepada wanita dan satu nikmat akal untuk lelaki masih lagi membataskan. Wallahuallam. 


Seorang pelajar UiTM KT (kampus Mimie) ditemui mati lemas di Pantai Pandak, Chendering. Semoga rohnya bersama orang yang beriman. ~Al-fatihah.


2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

al-fatihah~

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

al- Fatihah.
semoga arwah tenang disana..