31 January 2013

Hari ini. Esok dan Seterusnya


Assalamualaikum.


Hidup kita di dunia ibarat seperti pusingan roda. Sekejap kita di atas dan apabila roda itu diputar, mungkin kita akan ke bawah kembali. Hari ini mungkin kita di atas, esok kita mungkin lagi di atas tapi seterusnya kita tak tahu apa yang akan berlaku.

Semalam adalah benda yang dah berlaku, masa tak dapat diputar kembali dan semalamlah yang kita jadikan stepping point untuk hari ini. Bahagia semalam tak semestinya kita bahagia hari ini dan mungkin bahagia semalam menjadikan kita lebih bahagia pada hari ini.


Esok kita mungkin tak tahu apa yang berlaku. Andai kata tiada lagi nyawa kita di muka bumi ini, semuanya kita tak tahu. Tak tercapai di akal kita untuk memikirkan segala kemungkinan apatah lagi untuk membongkar  sepenuhnya rahsia Allah SWT.

Untuk esok kita tak tahu segala kemungkinan dalam hidup kita apatah lagi yang seterusnya. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah SWT. Sembilan akal nikmat kurniaan kepada wanita dan satu nikmat akal untuk lelaki masih lagi membataskan. Wallahuallam. 


Seorang pelajar UiTM KT (kampus Mimie) ditemui mati lemas di Pantai Pandak, Chendering. Semoga rohnya bersama orang yang beriman. ~Al-fatihah.


23 January 2013

Birthday Celebration.


Assalamualaikum..

Setelah empat hari blog lesu tanpa entry baru, hari ini Mimie try muncul dengan entry baru walaupun peristiwa ini sudah tiga hari berlalu. Event ini berlangsung pada hari Ahad ( 20/1/2013 ) dan hanya dihadiri oleh enam orang manusia sahaja. Very the sadis event ok. Haha 

Actually, event yang dianjurkan adalah Majlis Ulang Tahun Kelahiran dua orang warga emas dalam geng berenam Mimie. Yes ! Untung la dua orang share sama DOB kan ? Dua je nama atas kek tu. Yang empat lagi share kek birthday jugak walaupun lahir pada bulan 8,11 dan 12. Double jimat giler kan ? Tak pe la, janji bahagia dan happy sama rata je semua dapat.

Before, meet the birthday boy and girl. Skandal uhh.. haha

Ohsem kek, sedap !

Saja nak tunjuk full house table. Makan malam tu, half sponsored. Ngee :D

The sixth of us. The besties.

See the waiter back there. Ah ! so handsome.

Random #1

I kidnap the cute little girl. Petah je cakap show her intelligent.  

Random #2

Memo dekat kafe tu. Baguskan ? Haha Elakkan pembaziran !

Sebelum entry ini dipublish, pada sape yang tinggal sekitar Kuala Terengganu atau berhampiran cuba ke restoran nie. Best kot ! Cuma Rm19.90 seorang dan makan sepuas hati. Berpatutan la kot dengan makanan yang sedap tu. 

Waktu Perniagaan :-
12 pm sehingga 12 am setiap hari.


19 January 2013

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012


Assalamualaikum.

Semalam, Maharaja Lawak Mega 2012 dah melabuhkan tirainya. Dah habis dah, huhu.

Walaupun Mimie tak tengok live dan mampu tengok online je, mengekek ketawa sorang-sorang tengah malam buta. Hantu Kak Limah pun berterabur lari dengan Mimie ketawa. Diorang kelakar habis kot. haha

So, tahniah kepada JOZAN yang jadi juara. Siyes terkejut bila AC umumkan Awie Johan keluar pada part 1 diorang melawak. Pergghh ! baru semangat Mimie nak tengok. 

So, inilah keputusan penuhnya.


JUARA - JOZAN (RM 500,000) + TROFI
NAIB JUARA - JAMBU (RM 250,000) + TROFI
KETIGA - SHIRO (RM 150,000) + TROFI
KEEMPAT - BOBOI (RM 50,000) + TROFI
KELIMA - SAYWHO (RM 15,000) + TROFI

Fuhh ! Banyak kan cash yang diorang menang. Tapi kan, pada Mimie SAYWHO lagi best pada BOBOI . hehe Ape pun, tahniah la, diorang dah menang nak komen apa pun dah tak guna ..

Gambar dari facebook maharaja lawak mega 2012.


17 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu


Assalamualaikum..

Lai lai lai.. Klik banner untuk join :)

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'


Assalamualaikum.

First segmen joined untuk 2013.. :D


Klik banner untuk join :)

Sifat Perempuan Yang Lelaki Rasakan Menarik


Assalamualaikum..

Mungkin ini hanya dari pandangan mata sesetengah lelaki.

LEMBUT HATI - Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.

BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.

FEMININ- Tidak dinafikan lagi lelaki suka perempuan yang mempunyai ciri feminin. Feminin disini bermaksud adakah seseorang perempuan itu mempunyai ciri penyayang, lemah lembut, mengambil berat dan berperibadi yang baik. Ini kerana bagi lelaki, perempuan bersikap feminin mampu melengkapi kekurangan pada diri mereka. Namun, jika seorang lelaki itu menyukai perempuan bersifat maskulin, kemungkinan besar lelaki itu mempunyai sifat feminin.

SUARA - Perempuan secara semulajadi dikurniakan suara yang difikirkan bagi lelaki amat menarik. Tidak kira sama ada suara perempuan itu serak basah, lembut, kuat atau pun bernada tinggi, pasti saja ada yang mampu membuat lelaki tertarik.

SENYUMAN - Jika anda ingin membuat seorang lelaki tergila-gilakan anda apatah lagi syok sendiri, anda berilah senyuman yang ikhlas pada dia. Sudah tentu dia akan mula melekat pada anda. Wajah perempuan yang tersenyum lebih mudah diingati berbanding wajah yang muram.

MATA - Selain senyuman, cara perempuan memandang lelaki juga mampu membuat lelaki tertarik. Masih ingat lagu 'Dari Kerana Mata'? Dari mata, pergi ke otak, dari otak pergilah ke hati. Jadi, mulalah berlatih menghadap cermin memandang seperti pontianak.

RAMBUT - Kebanyakan lelaki mendapatkan tertarik dengan rambut agak panjang terutama mereka yang berambut panjang mencecah bahu kerana ianya kelihatan lebih feminin. Tapi sesetengah lelaki jugak suka perempuan yang berambut pendek. Nampak cute dan comei gitu....

BERKEYAKINAN - Akhir sekali, sesetengah lelaki suka perempuan yang berkeyakinan. Ia seolah-olah perempuan berkenaan mampu menyokong lelaki dan membantu lelaki dalam kehidupan mereka.



Sifat manusia adalah berbeza. Mungkin ada kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah :)

Copy from :  LINK  




13 January 2013

Lelaki & Perempuan Berkawan Baik.. Boleh Ke Tak ?


Assalamualaikum..
Perempuan dengan perempuan kalau dah berkawan rapat , persahabatan mereka memang mengalahkan pasangan couple ♥
Ada orang cakap lelaki dah perempuan tak boleh berkawan baik. Sebabnya, apabila mereka bartambah rapat akan timbul perasaan lain di hati mereka. Walau sedikit pasti pernah ada menaruh perasaan.
Siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik ? Ramai je manusia di muka bumi nie yang berkawan baik sampai ke anak cucu. Kalau kita faham apa maksud sebenar persahabatan, maka niat kita adalah untuk bersahabat.
Tapi ada ke dalam dunia nie lelaki dan perempuan yang berkawan tanpa menaruh perasaan ? Soal perasaan soal hati. Dalam hati orang, kita tak tahu apa dan macam mana di dalamnya. So, kita tak boleh nak assume dalam persahabatan tu timbul perasaan lain ke tidak. Kadang-kadang mata kasar tak mampu menjawab persoalan hati. Hehe

Same goes with Mimie. Mimie pun bersahabat baik dengan kaum Adam. =) Mimie selalu berdoa agar persahabatan nie tak terputus. 

Kami berenam, selalu bersama ! 3 lelaki dan 3 perempuan. Sahabat baik ke nie ? For me, sahabat baik la. Tapi tak la baik dengan yang tiga nie jer. Actually, ada la baik dengan budak laki lain cuma takde dalam gambar. Hehe
"You can be friends with anybody you want. Gender is not a deciding factor. If you meet somebody and like them as a person don't let something as small as their sex keep you from being friends. Good friends are very hard to find"

So kesimpulannya, tak salah kita nak berkawan, cuma pastikan ada batasannya. Insyaallah, akan bahagia bersama. :)


12 January 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah


Assalamualaikum..


Jika takdir ALLAH menentukan yang kita tidak akan bersatu dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengnanya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, kita akan bersama dirinya.


Siapa jodoh kita telah ditentukan oleh Allah SWT tetapi ia menjadi rahsia Allah. Kita tak pernah tahu sebab mungkin kita akan ditemukan dengan orang yang salah pada awalnya.


Ya Allah, labuhkan cintaku pada orang yang mencintaiMu agar bertambah rasa cintaku padaMu.


10 January 2013

Blogging Dah Tak Meriah Seperti Dulu..


Assalamualaikum..

Quote lari topik. Just sharing =D

Ada tak yang rasa dan fikir macam Mimie ? Rasa yang blog dah tak macam dulu. Siyesly, masa Mimie mula buat blog dulu, suasana blog macam hidup sangat. Perkongsian pun tip top punya. Mimie tak tahu la takut Mimie je rasa macam tu, orang lain tak.

Maybe sebab sekarang ramai yang gunakan twitter dan yang tengah hot sekarang Instagram sebagai tempat untuk mengekspresikan perasaan. Mimie tak tahu sangat bab-bab macam nie, almaklumlah Mimie nie maju sikit je dari mak Mimie yang dekat kampung tu. Hehe


Last and least, nak jugak promote twitter Mimie kat sini. Nanti ada masa dan sudi tu follow la yer. Kalau dah follow tu, jangan lupa pulak mention. Takut terlepas pandang. hehe

K bai. Assalamualaikum. =)


9 January 2013

First Entry in 2013. Rindu Nak Blogging =,=


Assalamualaikum.


Miss you ! My baby Michiko.

Hai guys ! How are you ? Doing fine here ? Of coz la kan. Pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru. Tahun dah bertambah satu and for sure UMUR kita semakin bertambah dan perjanjian bagi hidup adalah kematian. So, pandang lah ke hadapan dalam hidup kita dan apa yang diperlukan untuk menjalani hidup dalam dunia akhir zaman ini.

Eh ! Dah macam takzirah la pulak. Niat nak cakap benda lain tapi lain pulak yang tertaip. Tak pe la kan ? Sila betulkan Mimie kalau ada yang tersalah. Sebelum tu, masih tak terlambat kan untuk Mimie ucap

SELAMAT TAHUN BARU !!



Apa azam tahun baru korang ? Yang tahun lepas tercapai tak ? Mesti la tercapai kan. Yang tercapai tu, alhamdulillah la, korang memang kuat semangat. Yang tak tercapai tu, masih boleh dibawa ke tahun kehadapan kan? Usaha lagi, in shaa allah boleh. Mimie tak de berazam apa-apa pun tahun lepas sebab tahu memang susah nak capai. Tahun nie ? Adalah sikit iaitu nak grad DIPLOMA on-time. Tu je la. Mimie takut nak azam lebih lebih nie. hehe

Hmmm.. nak taip ape lagi ek ? Dah takde la kot. First entry nie, sekadar nak bertanya khabar ke. Hehe Setelah hampir tiga minggu tak update, tak blogwalking, blog bersawang macam hape entah. Semuanya gara-gara my BABY ACER merosakkan dirinya. Nasib baik ada yang sudi pinjamkan BABY PINK DELL.

K bai, assalamualaikum. Jumpa di lain entry yooo..