7 December 2012

Impian aka Dream ..


Assalamualaikum..

# Entry sedikit panjang. Tiada paksaan agar entry ini dibaca. Kunjungan kalian tersangatlah dihargai. Tq : )

Tiba tiba malam nie nak cakap pasal impian pulak. Uollss, hidup kita nie kena ada impian tau ataupun bila dah tak tercapai, namanya akan bertukar menjadi angan-angan. Orang cakap bila ada impian, masa depan lebih teratur. Kadang kadang apa yang kita khayalkan tu adalah impian. Betul ke ?

Same goes with me, impian Mimie macam-macam since dari sekolah rendah lagi dan Mimie impikan dari setiap aspek untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik ok. Tapi tak semua impian jadi kenyataan tau, part tu kita kena redha la. Impian yang tercapai tu rezeki dan rezeki tu rahsia Allah kan ?

Masa kecil dulu, orang selalu tanya apa cita-cita kita kan? Mimie selalu jawab nak jadi doktor walaupun kawan-kawan Mimie lebih prefer nak jadi cikgu.Bila naik sekolah menengah doktor tu di spesifikkan kepada doktor haiwan bila Mimie cenderung sayangkan binatang. Faktor persekitaran mungkin. Tapi nak jadi doktor tak semudah yang disangka. Mimpi hanya tinggal mimpi, sampai sekarang Mimie tiada cita-cita yang tetap. 

Mekah. Semoga impian Mimie untuk jejakkan kaki ke Mekah tercapai dan boleh bawak mak abah Mimie sekali. In Shaa Allah =D

Rumah impian Mimie. Tak dapat macam nie, ala-ala macam nie pun dah ok. #Gambar rumah tu dikatakan rumah Mr.Bean. Mimie tak sure.

Audi R8. Walaupun tak pandai bawak keta, kereta idaman tetap ada dalam mimpiku. Nak kerja apa eh untuk dapatkan keta nie ? Hehe

Switzerland. Impian Mimie nak sambung belajar kat negara nie sebab Mimie rasa swiss tersangatlah cantik. Impian nak sambung belajar hanya tinggal mimpi, cuma Mimie harap dapat melawat swiss satu hari nanti.

Pulau Jeju. Semuanya akibat terpengaruh dengan drama korea. Hehe tapi siyesly, Korea tersangatlah cantik. Semoga impian Mimie nak ke sana tercapailah. : )

Impian Mimie masa awal-awal remaja dulu. Hehe berangan nak perkahwinan dalam taman. Setakat kerja tanam anggur, mimpi aje la eden nih. Hehe akad nikah tu yang penting uollss.

Dalam meniti usia, Mimie impikan keluarga yang bahagia dengan kehadiran anak-anak yang comel lagi soleh dan solehah. 

Apalah gunanya hidup kalau tiada keberkatan. Semoga keberkatan dari Allah SWT sentiasa mengiringi hidup Mimie, mak abah Mimie dan keluarga Mimie. In Shaa Allah. Aminn : )

# Semua gambar adalah bersumberkan google. 

6 comments:

✿ Cik Nisa ✿ said...

insyaAllah tercapai suatu ari nnti.

:: Mrs.Eady :: said...

amin~

Dunia Wilma said...

Percaya dan buat yang terbaik...
Nescaya impian itu akan tercapai ^_^

Rapunzeel Cikilolo said...

semoga mimie dapat impian mimie :)

Cik Wieda said...

besarnya impian mimie erk . semoga berjaya dalam hidup :) IN SHA ALLAH

❤Kamsiah❤ said...

salam
kalau tak semuanya pun,semoga sebahagian dari impian mimi tu tercapai