15 October 2012

Only 14 Pageviews ?


Assalamualaikum..

Hah ! Mana lagi 000000000000 ++ dekat belakang tuh ? Haha..


13 October 2012

Alhamdulillah.. Kalau Ini Yang Korang Cari..


Assalamualaikum..

Tetiba rasa nak hupdate blog hari nie. Tapi sebelum tu login Encik Nuffnang dulu, biasa lah nak tengok gaji kita, kot-kot bonus bertambah ke. Alhamdulillah, berganjak la jugak 25 sen. Haha Ok la dari tak de tu.

Dalam pada semak gaji tu, semak la jugak bilangan pelawat rumah Mimie nih. Still ada yang sudi melawat, terima kasih la semua. Dah ada pelawat tu, nak tahu la jugak dari mana datangnya dan macam mana boleh jumpa rumah Mimie nih. 

Keywords untuk hari ini. Alhamdulillah, korang tak search benda merepek-merepek tuh. Bagus-bagus, anak siapa la nih. Hehe

“Bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi.” - Andrea Hirata, Sang Pemimpi

A friend who understands your tears is much more valuable than a lot of friends who only know your smile.



12 October 2012

Meet My Friends : Review Blog


Assalamualaikum..

Pheww ! Asal nak update blog je, idea kering. Why ? why ? Adakah ini menunjukkan yang Mimie patut resign dari dunia blog ? Yup.. fikir-fikir balik bukan senang ghupenya nak jadi blogger. Tapi betul ke ? Entah la, Mimie pun tak tahu. 

Dah..dah.. jauhnya menyimpang dari niat asal, merepek entah ke bendanya pulak Mimie nie. Cakap nak review blog. Oke, sebelum tu Mimie nak uar-uarkan yang final exam Mimie dah nak habis, tinggal satu paper je lagi. Hari ahad tamat exam, hari isnin nak cabut balik kampung. Jom la, happy sama-sama dengan Mimie. 

Cukup setakat itu, meh Mimie kenalkan blog yang nak Mimie review nih. Actually, mereka (sebab dua orang) nie kawan Mimie yang boleh dikatakan rapat jugak eh rapat ke? . Yela, tajuk entry pun dah meet my friends. Haha mengarut-mengarut.

Untuk pengetahuan semua, mereka yang direview adalah dari golongan bijak-bijak, dan mereka adalah debators UiTM Chendering. Arggh ! malu eden dengan mereka tapi i cool je. Haha

Blog pertama..
Blog Pjie Kun 

Blog kedua..

Pssttt : Nanti korang sudi-sudi la singgah blog mereka, alang-alang dah singgah tu follow la sekali. Bagi tahu mereka, insyaallah mereka follow balik. Kalau ada yang nak try mereka tu, insyaallah mereka tu single lagi. Mimie pun tak konfem mana, almaklumlah orang glamour. Hehe

KLIK LINK UNTUK INFORMASI TERHANGAT

7 October 2012

I'm Not A Robot


Assalamualaikum..

Sakit pulak hati kita bila nak tinggal komen masa BW tiba-tiba keluar benda nie. Dua tiga kali try untuk dua tiga orang tapi tak jalan jugak, memang tak la lepas tu kan. Sorry guys, terpaksa la Mimie jadi silent reader lagi.. :(

Oke, untuk buang benda tu :
Dashboard > Setting > Posts and Comments > Show word verification > No

Buang la, baru sedap blogger lain nak tinggal jejak. 



6 October 2012

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "


Assalamualaikum bloggers ...

Klik banner untuk join.. lai lai lai..

kenapa korang berblog ?
Mimie gunakan blog untuk mengekspressikan perasaan since Mimie tak berapa suka dan malu nak meraban masalah dekat orang lain. Dah nama pun blog nie diari online, so gunalah teknologi yang ada nie. Heee

Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ?
Tak pasti lah pulak macam mana boleh terjebak tapi maybe disebabkan Mimie suka baca dan explore blog orang. Dari dulu dan sampai sekarang, Mimie ialah silent reader tegar dekat blog orang dan bila tengok blog cantik-cantik, semakin besar nafsu keinginan nak ada blog sendiri. 

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? 
Sama la kot macam atas tu. Sekadar nak mencatat dan membuku perasaan dan memori hidup. Lagipun, Mimie perasan yang blog dah jadi trend sekarang. Selain menulis, blog pun jadi tempat dapat kenalan baru. =D

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? 
Blog Mimie ada yang menarik ke? Hehe.. Korang nilai lah sendiri, Karang Mimie cakap kat sini, korang cakap Mimie perasan pulak.. Hehe

siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging .
Susah nak cakap, Mimie suka semua. Ada jugak blogger yang follower ciput tapi blognya bagus tu pun menjadi inspirasi Mimie. Blogger otai apatah lagi kan. Hehe

Last but not least, Mimie harap  Blog Mimie Michiko nie boleh diterima ramai dan ada yang sudi singgah dekat sini. Baibai !


SEGMEN : JOM BLOGWALKING


Assalamualaikum..

klik banner untuk join..

Lai lai lai.. Tarikh tutup : 16 Oktober 2012

5 October 2012

Segmen : Cik Misya Nak Follow!


Assalamualaikum..

klik banner untuk join =)

Followers : 1135

Kenapa nak follower ramai ?
Humm.. follower yang akan menyokong kita dalam dunia blog dan itu jugak menunjukkan blog kita diterima ramai... Hehe ..

Tarikh tutup : 15 Oktober 2012 , 12.00 tengah malam ..


1 October 2012

Aku Seorang Perempuan ...

Assalamualaikum...

" Aku bukan Siti Khadijah yang mampu memiliki cinta dan menjadi bidadari Rasulullah SAW " 

Masih mencintainya- Samsons. 

Selama mana aku mampu mencintai ? Selama mana aku mampu menahan perasaan ? Selama mana aku mampu melukai hati sendiri ? Semoga cinta ini hilang selamanya biarpun parut luka itu tak akan sepenuhnya hilang.