29 July 2012

Akan Di Follow Kemudian... Really Sorry =(



Disebabkan benda alah nie, Mimie terpaksa menangguh proses follow blog korang especially followers Mimie dan segmen segmen yang Mimie dah join.. 

With loves & sorry:
Mimie


Segmen : Kenali Komuniti Blogger


[ Klik banner untuk join ]

Tag:
Kak Deno 

Membership Status : Ordinary (non-exclusive)


Setelah agak lama tak menjengguk akaun Mrs. Nuffnang .. Ini yang Mimie dapat, terkejut kot ! Haha.. Sampai hati Mrs. Nuffnang Apa salah saya?? ... Sedih noo! kalau macam nie, bila la nak jadi kaya.. Hehe


Mimie merajok ! Huh...



26 July 2012

Saya Dapat Anak Saudara Baru Lagi..


Alhamdulillah, selepas empat bulan Mimie dapat anak saudara lagi, spesifiknya pada 24 Julai 2012 (12.10 pm). Tahniah Along ! Family makin membesar dan Mimie pulak terasa macam dah tua. Hehe ! pejam celik sambil kelip-kelip, dah dua orang anak buah. Cepatnya masa berlalu, susah lah mak uda nak manja-manja dengan mama sayang lepas nie, nak mintak duit pun dah rasa segan. Malu ! Huhu..


Muka tak tau ikut sape, tak reti la nak tengok tang mana.. HuaHua. Ikut Mak Uda kot. Hehe! Yang special nya sayang saya nie, dia lahir pada due datenya. Tak lebih dan tak kurang.


Dear Sayang ( sebab tak de nama lagi), bila besar nanti jadi anak yang solehah dan boleh bahagiakan hidup mama dan papa sayang tau. Jadi orang yang tabah dan kuat semangat macam mama. We love you !

20 July 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H


BEN ASHAARI

Kenapa anda patut pilih blog Mimie?

Sebab Mimie suka blogwalking dan akan singgah balik ke blog korang.. Mimie akan tingkatkan trafik korang..

18 July 2012

Study... # BIO300


5.39 am..
Study BIO300.. zzzzzzz *ngantok*
Gambar : Google

The roots of evil are three: Arrogance, Envy, and Greed. Arrogance prevented Satan from bowing, Envy led Cane to kill Abel, and Greed took Adam out of Paradise.


17 July 2012

# Summary Minggu 7


Pejam celik pastu kelip-kelip mata, sedar tak sedar dah 7 minggu I ada dekat bumi Chendering. Cepatnya masa berlalu, tinggal dua bulan je lagi untuk habis sem 5 dan satu sem je lagi nak habiskan diploma.

Selepas sebulan lebih, Mimie rasa minggu nie paling busy dan sedikit sebanyak menganggu emosi dan mental seorang Mimie. Kadang-kadang bila kita dah teramat letih dan stress, air mata minitik tanpa kita sedari dan ia terjadi pada Mimie semalam. Memang malu tapi buat tak tahu malu. Mencik-mencik !!

Let's me summarize...

AHAD
G survey tempat sebab nak dapatkan maklumat untuk projek ENT. Mula-mula pergi, Pejabat Perikanan sebab group Mimie buat projek makanan sejuk beku berasaskan ikan. Borak-borak kat sana dapatla maklumat sikit, then Puan tu suruh g kat LKIM pulak sebab ada yang kitaorang nak tahu boleh dapat dekat LKIM. Lepas cakap-cakap dengan pak cik dekat LKIM tu, dia suruh pulak kitaorang pergi MARDI pulak. Alhamdullilah, dekat MARDI maklumat yang hampir lengkap kitaorang dapat. Lega sikit walaupun penat giler.

ISNIN
Hari isnin satu kelas je ada, memang happy giler la sebab selalu hari isnin kelas pack giler dengan 4 kelas dengan 8jam satu hari. Tapi tak boleh nak menggiler sangat la, kitaorang stay kat kampus siapkan slide presentation projek ENT. Tapi tak sempat nak siapkan jugak sebab tak faham sangat nak buat, Huh ! Kami Budak Sains yang sedikit bengap nak faham subjek ekonomi. Last-last, kena sambung buat dekat rumah sewa.

SELASA
Hari nie pun satu kelas je, suka tak ? Of coz la suka giler kan? Tapi boleh ke nak suka giler? Tak boleh la ! Sebab malam nie kita ada test untuk subjek PHY310 (Modern Physics) untuk 3 chapter. Study tak habis lagi weyyy dahla petang nie ada presentation, Nasib baik group... Tekang ! Tekang ! 

RABU
Rabu pun satu kelas je tapi tak boleh ak suka sambil lompat tinggi-tinggi sebab pukul 11.00 pagi kita ada test BIO300.. Dua chapter weyy, tajuk pun tak baca lagi. Tekang ! Tekang lagi !

KHAMIS
Insyaallah.. hari khamis dah tak de ape-ape lepas test CHM301 ditunda.. Weeee, syuke-syuke !!! No no, cannot happy la derr, minggu depan kita kena submit assignment BIO310. Sob-sob, nangis sambil lap hingus dengan hujung baju.

JUMAAT
Jeng-jeng kita ada MODUL untuk pelajar sem 5 atau lebih dikenali sebagai finishing school sebab sem 6 dah tak de Modul. Jadual mungkin start 8 atau 8.30 pagi sampai 5 atau 5.30 petang, Mimie tak sure sangat.

SABTU
Insyaallah, kita dah mula puasa. Bulan Ramadhan al Mubarrak dah sampai. I wish I'm at home that day but I can't. Tahun ketiga dan terakhir Mimie berpuasa di tempat orang sebelum menjejak kaki ke alam Degree. Please pray for me :)

That's all from me.. With love and tiredness.



Klik Nuffnang untuk tabung kahwin boleh? Please..Please..

15 July 2012

Letih Yang Teramat




Ya Allah... Letihnya ! Mata dah macam ditongkat dengan batang mancis, kaki tersangat la lenguh, tangan nak diangkat pun tak larat. Sorry guys, Mimie akan BW ke blog korang esok-esok la ya? Tak larat tahap kera dah nie, mampu approve komen korang je dan baca sepintas lalu jejak korang dekat cbox. 

With love and sorry:
Mimie

Kelantan - Juara Liga Super 2012


Kejohanan MSL 2012 dengan rasminya melabuhkan tirai. Tahniah Kelantan jadi juara Liga Super 2 tahun berturut-turut. I'm proud to be Kelantanese.. Alhamdulillah, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, menerima rayuan KAFA untuk membolehkan majlis sambutan penyerahan trofi juara Liga Super dapat diadakan di Kota Bharu serentak dengan perlawanan penutup menentang Sarawak malam nie.

Gambar : The Red Warrior Network (FB)

Keputusan malam nie: 
Kelantan- 3 [Badhri Radzi @ Piya] & [Norfarhan]
Sarawak- 1 [????]

Buat yang terbaik nanti bila lawan dengan QPR.. GOMO KELATE GOMO !!
Gambar: The Red Warrior Networks

Eksaited giler kot buat entry pasal bola.. Ada la sebabnya.. Hihihi


14 July 2012

Segmen : Blogger Inspirasi/Idola Saya



Mimie kategori C : 20 tahun xoxo.. dah tua :D

Blogger inspirasi Mimie ialah :

Cik Epal
Blog cik epal simple tapi fleksible, macam-macam ada. Dan yang paling penting sekali Cik Epal sangat   comel macam epal. Hehe
        
# Nak join, klik banner erk.. :)


8 July 2012

Awesome Reunion .. Entry Bergambar.. :3



Date : 7/7/2012
Venue : Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu tak pasti sangat, dah ya kot
Peserta : Budak-budak AS120 Group D, UiTM Kuala Terengganu

We create reunion selepas Group D dibubarkan tapi Group D still dalam hati kami..

Jom.. Muntah sambil tengok gambar.. :)

The girls.. 

The bestfriends ..<3

The Tukang Masak.. Hehe.. Kertas bersepah

Buai laju-laju, sampai..... Kredit to faiz sebab bawak buai nih, nasib tak putus sebab muatan berat di atas..

The bestfriends again.. <3 Muahaha.. Sayang uollss..

The girls again.. Before mini games start.. Still tak cukup..

We're group 4. Mimie tengah bincang ape je ek dengan Din..


Tengah lukis gambar ghimau,, Tak pandai doee lukis-lukis..

Siap lukis.. Cantik tak ghimau saya..? Haha..

Last game.. WaterBomb.. I kena satu.. Muahaha !

#Gambar banyak lagi tapi takut uollss muntah pulak tengok.. Heee..

6 July 2012

Harapan...


Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya


4 July 2012

Mimie Nak Tukar Bloglist.. Nak Masuk tak Bloglist Mimie ?


*STICKY POST SELAMA 2 HARI*
4/7 - 5/7

Kemain panjang ek tajuk entry kali nih, saja jer sebab nak cakap Mimie ada idea nak create post malam nih. Tak nampak ke Mimie menaip sambil hidung kembang ? Haha.. Gurau.. Gurau..


Oke la, since tak pernah-pernah buat post pasal bloglist nih, so malam nie tergerak pulak nak tukar bloglist. Yela, tue untuk bloglist bulan jun (segmen Abg Ben), macam dah tak sesuai pulak untuk bulan julai nie kan? So, senang la nanti kalau korang update blog, cepat je Mimie tau..


Nie bukan segmen, bukan contest apatah lagi giveaway. Tak payah susah-susah buat entry, letak banner bagai tuh. Satu je syarat nya:

JUST LEAVE YOUR BLOG URL IN THIS ENTRY. 
Kalau nak follow sekali pun boleh, Mimie tak kisah pun =,= 

Senang je kan? Korang faham tak nie? Kalau rasa nak bertukar bloglist pun boleh, cakap je.. Lagi satu, Mimie tak de hadiah tau untuk korang. Mimie hanya mampu berterima kasih je sebab sudi singgah blog pink Mimie nih..

Btw, Kalau sudi, join la.. Just comment this entry.. :) Bloglist akan di update mulai hari jumaat ek kawan-kawan sekalian..

p/s : Mimie ada hak untuk update ape pun dalam blog nih, kalau ada yang tak suka tekan [X] laju-laju tau, tak mau la kutuk-kutuk ye sayang.. Peace no War :)