19 May 2012

Selalu Je Lambat Update..



Hai korang, apa khabar? Lama betul tak jenguk sini, blog pun jarang berupdate sekarang. Semuanya sebab Internet connection tak ade, Nie pun kebas Bb mak sedara sebab dah gian sangat nak berblogging. Plus, sekarang Mimie busy jadi pak guard rumah, babysitter kepada dua orang dan driver kepada adinda tersayang. 

Insyaallah, hujung bulan 5 nie sorang lagi kakak Mimie ke jinjang pelamin which is my ateh. Sedikit sebanyak body comel Mimie nie rasa kepenatan dan tekanan. Sebelum nie, Mimie tak pernah rasa pun macam nie masa wedding along dan angah sebab Mimie tak de kat rumah. Sekarang baru Mimie faham yang kerja kawin nie bukan senang. Semua benda nak kan kesempurnaan. Kalau dulu duit beribu rasa macam banyak sangat untuk family Mimie tapi sekarang ambil barang, bagi kertas tu, tengok-tengok dah habis. Kalau la duit tu macam petik daun je kan best. Hehe !

Bila dah macam nie memang tak de benda lain dah nak difikir. Bagi Mimie dan mungkin semua orang akan fikir benda yang sama sebab kita pun perlukan pertolongan mereka pada suatu hari nanti. Pada siapa kita nak harapkan kalau bukan adik beradik kita. Biar lah kita sakit badan sekarang untuk darah daging kita. 

Dan yang paling Mimie kesal sekarang ialah Mimie dah mungkir janji dan korang tau kan buruknya akibat mungkir janji tu. Dua kali Mimie tak tepati janji dengan mereka. First time, Mimie tak boleh tinggal rumah sebab tak ade orang dekat rumah. Second time, Mimie demam last minute dan berada dalam sikit tekanan.



Air dicincang tak akan putus. Love my family very much ! Saranghae <3

3 comments:

athirah said...

of course i love my family..hehehe..

Mimie said...

@athirah a'aa la kan.. semua org pum macam tu.. hehe

ciksukaberangan said...

Huhu. Betul. Duit skgni cepat je habis. Isk3