4 May 2012

Putus Cinta? Ada Caranya...


Find Another Love. Just Love, Beauty & Dream
Lagu Cinta Terbaik Abad Nie..

Sebelum tu, Salam Mei dan Salam hari jumaat buat semua. Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar perjalanan waktu kita pada tahun nie dah dekat dengan pertengahan tahun. Masa berjalan dan waktu yang berdetik membawa segala amal kita tanpa kita sedari. 

Oke la, hari nie Mimie nak share pasal tips putus cinta. Korang baca elok-elok ek, jangan melatah nak bunuh diri dulu. Hehe ! Oke-oke, jangan hempuk Mimie dulu, Mimie gurau je.



Mimie Harap 5 Perkara Nie Membantu..

1. Jangan Hubungi Pasangan Anda !
Jangan contant ex kamu melalui call, sms, IM atau melalui facebook mahupun twitter. Jauhkan diri korang dengan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan dia dalam tempoh selama mungkin. Ia mungkin dapat menghilangkan perasaan untuk kembali kepada ex korang.

2. Jangan Hubungi atau Meluahkan Perasaan Kepada Rakan Ex Anda 
Kita biasa luah perasaan kepada rakan Ex kita sebab tak dapat menghampiri dia untuk bercerita tentang masalah dengan ex kita kepada rakannya. Hakikatnya, keadaan macam nie lebih memburukkan keadaan daripada membaiki keadaan.

3. Luahkan Masalah Kepada Teman Rapat Sahaja
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami iaitu seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah korang. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta korang. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan korang untuk meluah n Mimie rasa ini yang terbaik kot kalau family korang open pasal cinta. Ngee..

4. Jangan Biarkan Diri Kamu Keseorangan. Amaran !
Luangkan masa korang dengan kawan-kawan atau family sebagai teman sebab bila kita keseorangan kita akan meletakkan diri kita dalam keadaan stress dan murung. Buat aktiviti kegemaran yang biasa dilakukan seperti shopping ke futsal ke.

5. Hadiahkan Diri Kamu Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Kesedihan bukan satu penyelesaian kepada sesuatu masalah. Berhabis duit untuk diri sendiri tak salahkan? Hehe. so, hadiahkan diri korang dengan something yang ceria dan happening. Belilah sesuatu yang mahal atau pergi bercuti ke tempat yang lebih asing buat korang n mungkin boleh jumpa cinta baru. hehe..

So, macam mana? Membantu korang tak? Setuju?

1 comment:

from heart nisah idham~ said...

setuju 5 perkara di atas, byk masalah cinta yg akak dgr, asal putus cinta je mesti nak bunuh diri, pastu nak hebah satu dunia, pasangan tu putus cinta dgn kite? ermmmm