31 March 2012

Blog Bersawang... Macam Rumah Takde Tuan...


Dah bersawang blog Mimie.. Blog yang ditinggalkan demi final exam.. Ngeee *
Tengok ! sawang dah penuh.. Ada sape-sape nak tolong sapu tak?

Alhamdulillah.. dalam lama-lama tak online, tak update entry ada juga yang sudi follow blog Mimie, sudi komen entry Mimie yang dah lapuk tu, sudi penuhkan cbox Mimie. Ribuan terima kasih yer kawan-kawan :D

p/s: Mimie tak tahu nak update amenda. Dah lama tak upate entry, tiba-tiba otak rasa macam beku nak cari idea. Insyaallah..cuti sem 2 bulan nie, Mimie cuba datang selalu dan jenguk blog korang..

Betapa aku selalu lupa dan alpa. Adakala aku hanyut, adakalanya aku terleka. Ku mohon ampunilah segala dosa-dosa ku ya Allah kerana aku hanya manusia lemah dan tidak berdaya.

1 March 2012

Setiap Pertemuan Ada Perpisahan


Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap awal ada akhirnya. Kadang-kadang pertemuan yang tak disangka tu mampu menjadi memori terindah dalam hidup kita. Kadang-kadang pertemuan yang diharapkan hanya meninggalkan kelukaan dan kesedihan yang paling susah untuk dilupakan. Kita selalu berharap "happy ending" dalam sesuatu pertemuan tapi akan selalu ada ke "happy ending" tersebut ? Tepuk kepala tanya jawapan k.. Hehe



Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian menemukan semula.
Andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata.

Pertemuan itu pula hanyalah permulaan kepada sebuah perpisahan.

Ya Allah,
Sahabatku buah hatiku
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria

Ya Allah,
Silaturrahim kami ukhuwah fillah
Bermusuh kami nauzubillah
Berpisah mati insyaAllah
Pengubat hati doa rabitah

Ya Allah,
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan semula di Taman Syurga
Aamiin Ya Rabb..