10 February 2012

Kenapa Perlu Ada Pilihan Dalam Hidup ?


Mimie Kena Pilih Nie.. :( Jom Tengok.. 

Sebelum tu Mimie nak tanya korang.. Stress tak kalo korang disuruh memilih antara dua pilihan? Nak pula dua-dua korang minat. Tapi begitu la keindahan kehidupan dan pilihan itu la yang akan membentuk keindahan..  Haha ! Memilih tu indah ke? Jawab la sendiri erk.. 

Siyesly, Mimie benci kalo terpaksa buat pilihan sebab tersangat la susah utuk buat pilihan.. Pilih di sini ingat di sana, pilih di sana ingat di sini.. Yela, dua-dua minat kan, karang takut tersalah buat pilihan pulak. Susah susah !

Kalo dulu pilihan terbesar dalam hidup Mimie ialah terpaksa memilih antara matrikulasi dan diploma Uitm. Masa tu teramat la susah nak buat pilihan apatah la lagi benda yang berkait dengan masa depan, tak tau nak pilih yang mana. Tanya orang tu jawabnya macam tu, tanya orang nie jawabnya macam nie.. Macam-macam pandangan ! Lastly, Surat tawaran Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ku pandang sepi dan bertungkus lumus print surat tawaran dan kelengkapan ke Diploma UiTM.. Tapi tak menyesal ke? Tipula kalo Mimie cakap tak sebab perasaan cemburu tu ada bila tengok kawan-kawan yang Form5 sekali dah degree sekarang, diorag nak masuk sem 2 dah. Sedih kan ? Tapi tiada istilah bahawa pilihan ini salah.. Heee

Tapi sekarang bila dah jejak kaki ke tanah universiti still Mimie kena buat pilihan lagi. Ya Allah ! sekali lagi tertekan nak buat pilihan. Mimie sem 4 sekarang dan untuk sem 5 nanti Mimie kena buat pilihan sama ada pilih fizik atau biologi untuk pelajar Diploma Sains. Kalo Mimie pilih fizik, degree nanti Mimie dah tak boleh nak apply kos sains kesihatan sebab I giler nak kerja kat hospital. Haha ! Kalo Mimie pilih biology pulak, otak nie capat jem kalo nak menghafal.. Hafal bukan main tapi bila masuk test otak kosong.. 

Anybody help me k? Mimie blurr sekarang, tak tau nak bagi jawapan macam mana takut tersalah buat pilihan. Mimie harapkan kerjaya yang berdasarkan minat.. Help me dear friends, Antara minat dan kemampuan, mana yang lebih penting? 

Pilihan pasti ada cabang yang banyak tapi yang pasti  kesannya cuma ada dua.. 
POSITIF & NEGATIF

Penyesalan hanya akan tiba tatkala kita menyangka segalanya berjalan dengan sempurna

5 comments:

✿Gucciey Lavender✿ said...

kakmimie , hope dapat buat pilihan yang terbaik ... Buat lah solat istikharah ,. I.Allah akan diberi cahaya from Allah :)

Mimie said...

@✿Gucciey Lavender✿ Yup.. itu yang terbaik dan sepatutnya.. :)

Si BuDaK KaChAk said...

ye...mmbuat pilihan adalh sesuatu yg sukar...buatlh istikarah...insyaAllah akn dpermudahkn utk mmbuat pilihan...

Mimie said...

@Si BuDaK KaChAk insyaallah i will.. thanks yer..

L said...

istikharah laa. insyaallah... Allah bagi jalan dan jln tu la yg terbaik..=)

jom jenguk2 sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html