27 February 2012

I Need Your Love Again..



Faham lagu nih.. Faham la tajuk entry nih.. Hehehe ! Tu je untuk entry nie, Xmo taip panjang2..
Tata !

Note foot size 6: Sempat lg hupdate belog.. Padahal test kuiz berderet..

25 February 2012

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Ho..ho..ho.. Mimie jumpa segmen menarik.. Tambah follower tanpa blogwalking? Aneh but interesting.. 


Nak join? Silakan klik banner..

Nak tag:
Cik Fiza 
MissIna 

24 February 2012

La Tahzan Wahai Mimie




Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu,
 hilanglah CINTAku padamu..” 
(Imam Nawawi )

His plan. dear self, you’re just a slave.

Oh.. Indahnya Mimpi



Mimie bukan mimpi dapat basikal.. Mimpi Mimie lagi sweet..

Capital S + Miss S

Mimpi indah seperti tiupan angin, ia hanya singgah sekejap dan berlalu pergi kemudiannya..
Mimpi tak selalunya indah tapi yang indah akan termaktub sebagai kenangan

21 February 2012

Cinta Untuk Muhammad






Dua Muhammad dalam hidup Mimie......
          1. Nabi Muhammad SAW
          2. Abah Mimie yang tercinta


Lau Kana Bainanal Habib
[Seandainya kekasih bersama kita]

If the beloved were among us
Those from far & near will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him

In His company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist

Oh You who answers prayer please fulfill our hope to meet him
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved
Muhammad honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

Mudah-mudahan, kerinduan ini bukanlah sekadar bermusim, bahkan semakin menggebu-gebu menanti waktu untuk bertemu.. Sesungguhnya, siapa lagi insan yang layak untuk dikasihi & dicintai selain Allah melainkan rasulullah s.a.w? Buktikanlah cinta ini bukanlah palsu, bukanlah sekadar meniti di bibir tanpa redha bahkan lahir dari hati yang sebenar ikhlas.

19 February 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam



Tajuk tak leh blah kan ? Haha ! But it's true and i feel it. It's not originally made by me k. Mimie terjumpa masa tengah google cari bahan untuk assignment CSC (computer) pasal hardware untuk photographer. Entah macam mana boleh tertekan pasal hardware manusia pulak #HATI.. So, Layan je la ! Best kot..



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
Baca ini jugak.. Pesanan Untuk Jiwa Kecewa

 CREDIT: DiariHati  

17 February 2012

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"


Entry pertama selepas mood menaip di blog nie muncul kembali.. Plus Mimie rasa yang blog nie suram je, so Mimie decide nak join segmen yang bannernya my favourite kartun.. Comel !

KLIK SINI UNTUK JOIN 



Mimie deactive fb acc dan beralih arah ke twitter pulak. Hope korang sudila follow Mimie kat twitter pulak. Last but not least, Mimie nak mintak tolong korang klik churp-churp Mimie.. Mimie akan klik balik korang punya sejujurnya :(

14 February 2012

Blog Tidak Akan Di Update Sehingga...


Ekoran tuan blog tiada mood dan semangat untuk menaip lagi di blog ini walaupun bertimbun idea di fikiran maka blog tidak akan di update sehingga hati ini tenang dari segala kekacauan. Mana mungkin Mimie nak bersuka ria di sini sedangkan orang-orang yang Mimie sayang sedang berduka, sedangkan mood Mimie sendiri unstable. 

Sesiapa yang sudi singgah atau follow ribuan terima kasih diucapkan, mungkin kunjugan kalian akan di balas dalam tempoh yang lama..

Sesiapa yang ada tag Mimie untuk contest, GA dan segmen tue, good luck diucapkan sebab Mimie memang tak de mood untuk join dan blogwalking.. 


Mimie benci jadi diri sendiri seperti hari ini. I can't handle myself ! Sekejap ketawa, sekejap senyap ! With a reason but i can't share it.. I'm lost in my own world ! 
Bye rakan-rakan bloggers, nanti kita jumpa lagi...

10 February 2012

Kenapa Perlu Ada Pilihan Dalam Hidup ?


Mimie Kena Pilih Nie.. :( Jom Tengok.. 

Sebelum tu Mimie nak tanya korang.. Stress tak kalo korang disuruh memilih antara dua pilihan? Nak pula dua-dua korang minat. Tapi begitu la keindahan kehidupan dan pilihan itu la yang akan membentuk keindahan..  Haha ! Memilih tu indah ke? Jawab la sendiri erk.. 

Siyesly, Mimie benci kalo terpaksa buat pilihan sebab tersangat la susah utuk buat pilihan.. Pilih di sini ingat di sana, pilih di sana ingat di sini.. Yela, dua-dua minat kan, karang takut tersalah buat pilihan pulak. Susah susah !

Kalo dulu pilihan terbesar dalam hidup Mimie ialah terpaksa memilih antara matrikulasi dan diploma Uitm. Masa tu teramat la susah nak buat pilihan apatah la lagi benda yang berkait dengan masa depan, tak tau nak pilih yang mana. Tanya orang tu jawabnya macam tu, tanya orang nie jawabnya macam nie.. Macam-macam pandangan ! Lastly, Surat tawaran Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ku pandang sepi dan bertungkus lumus print surat tawaran dan kelengkapan ke Diploma UiTM.. Tapi tak menyesal ke? Tipula kalo Mimie cakap tak sebab perasaan cemburu tu ada bila tengok kawan-kawan yang Form5 sekali dah degree sekarang, diorag nak masuk sem 2 dah. Sedih kan ? Tapi tiada istilah bahawa pilihan ini salah.. Heee

Tapi sekarang bila dah jejak kaki ke tanah universiti still Mimie kena buat pilihan lagi. Ya Allah ! sekali lagi tertekan nak buat pilihan. Mimie sem 4 sekarang dan untuk sem 5 nanti Mimie kena buat pilihan sama ada pilih fizik atau biologi untuk pelajar Diploma Sains. Kalo Mimie pilih fizik, degree nanti Mimie dah tak boleh nak apply kos sains kesihatan sebab I giler nak kerja kat hospital. Haha ! Kalo Mimie pilih biology pulak, otak nie capat jem kalo nak menghafal.. Hafal bukan main tapi bila masuk test otak kosong.. 

Anybody help me k? Mimie blurr sekarang, tak tau nak bagi jawapan macam mana takut tersalah buat pilihan. Mimie harapkan kerjaya yang berdasarkan minat.. Help me dear friends, Antara minat dan kemampuan, mana yang lebih penting? 

Pilihan pasti ada cabang yang banyak tapi yang pasti  kesannya cuma ada dua.. 
POSITIF & NEGATIF

Penyesalan hanya akan tiba tatkala kita menyangka segalanya berjalan dengan sempurna

9 February 2012

Segmen Review Blog Kami




Jom kawan2 join segmen nie... Klik Sini Untuk Join 

# Salam perkenalan... :)

Segmen I Follow U by NanieyBarnieyLurviey



Nak Join? Klik Sini... 

Syarat Penyertaan:
1. Peserta merupakan Blogger yg AKTIF
2. Follow blog NBL. Kenapa plak? Sebab I will FOLLOW U back. (will check)
3. Letak Banner yg tak seberapa tu dlm entri korang yg berbunyi Segmen I Follow U by  NanieyBarnieyLurviey 
4. Lepas da follow tinggalkan komen korang iaitu entri segmen ni kat bawah utk diterjah dan difollow balik 
5. Boleh tag jika mahu (rasa ramai yg tak nak tag) 
Tarikh Tutup Segmen : Hujung Bulan Ni 
#directly copy from blog tuan segmen :) 

5 February 2012

Kerana kamu aku sunyi...


Single... Itu la status yang menandakan hidup aku tanpa teman yang istimewa untuk berkongsi suka-duka. Ditinggalkan tanpa sebab, seperti aku tiada perasaan dah hati untuk dijaga, ibarat aku tiada air mata untuk dititiskan. Aku sedih, aku sunyi tapi aku tak pernah menyesal untuk hidup sendirian sebab single itu tiada tempoh tamatnya, hanya berbeza awal atau lambat. Tipula jika aku tiada keinginan untuk berteman tapi aku berpegang pada kata Allah swt bahawa manusia sudah ditentukan jodohnya.




For someone.......

Aku percaya pada cinta dan mengharap pada cinta itu tapi aku tidak mahu menjadi mangsa cinta. 
Pada dia,... tak semestinya aku akan miliki cinta kamu, tapi cukupla aku sedar yang ada dalam hati aku adalah kamu.... wink3 =,=

p/s: entry jiwang sket hari ini.... sorry, hehe !

THE MOST LONELY PERSON IS THE PERSON WHO ALWAYS TRIES TO KEEP EVERYONE AROUND HAPPY !

3 February 2012

Tagging Game.. Saya Nak Jawab La...


Sign in je terus tengok dashboard, Ada komen untuk di moderate laju-laju je buka. Eh, Mimie kena tag la oleh Deqla Manjew untuk tagging game. Hehe ! Nasib soalan kacang je, takde susah mana pun..

Oke, meh nak jawab soalan tu..

1. Makan berapa kali sehari?
Banyak kali makan tapi makan nasi sekali je sehari, makan benda lain banyak.

2. Antara MC'D dan KFC yg mana paling digemari?
KFC la kot. Tapi MC'D pun layan jugak. hehe

3. Suka shopping baju? atau kasut? yg lain sila nyatakan.
Of coz la shopping baju sebab tak suka dan malu kalo asyik pakai baju sama..

4. Bahagian tubuh badan mana yang paling disukai?
Mata sepet kita la kot. hehe

5. Sikap baik yg ada dalam diri?
Kita tak suka cari gadohSuka mengalah. Kena hentam pun insyaallah kita senyap je.

6. Tabiat yg susah ditinggalkan?
Cengeng

7. Bila tarikh nikah? bg yg single, bila planning nk nikah tu?
Hah.. Kita muda lagi la.. hehe ! Insyaallah.. 8/11/2018 khayalan semata-mata

8. Barang idaman yg msh blm dimiliki?
Of cos kereta. Tapi personal bedroom pun nak jugak sebab sekarang bilik berkongsi.

9. Harta yg ada hasil titik peluh sendiri?
Tak de ape-ape pun. Kita belajar lagi, tak mampu nak kumpul apa-apa aset lagi.

10. Kali terakhir tgk wyg dan movie apa?
Tak tau bila yang terakhir sebab first time tengok awal bulan 12tarikh xingat. Movie Puss in Boots bez cite nie. 

11. Siapa nama penuh husband/future husband?
Teett.. Soalan yang tak dapat dijawab. Kita single and available lagi. Hehe !