21 December 2012

Short Update. Happy Holiday =,=


Assalamualaikum..

Yeayyy ! Cuti dah pun bermula. Tak sabar-sabar nak suruh pak cik bas pecut laju laju. Hehe Bahaya ! bahaya !

To all diploma's students, happy holiday yoo. Have a great holiday dearest. Take care and have a safe journey =D


pssssstt : cuti-cuti nie, mesti rindu geng kat sini. 9 hari tau xleh jumpa.. sob3




20 December 2012

Kenapa ? Help Me Please.


Assalamualaikum.


Kenapa dashboard Mimie jadi macam nie ? Mimie tak follow mana-mana blog dia cakap, dia tak tahu ke yang Mimie follow beriban blog oke. Dah lama Mimie tak BW sebab dah lama jadi macam nie. Dulu, kalau refresh keluar la jugak sikit, sekarang tak keluar langsung.

Ada sape tahu kenapa dan boleh tolong tak ? Hmmmm. Sedih la.

15 December 2012

Congratulations Kak Maria Elena


Assalamualaikum..

Kepak kepak kepung. Kak maghia kita dah kahwin la. So sweet je mereka.
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat yer kakak comel.


14 December 2012

Upin dan Ipin dan Kami


Assalamualaikum..

Hah ! Nie la upin dan ipin. Pok kepala sape yang tak kenal. Upin dan ipin lagi famous dari taylor swift ok. Haha. Tipu !

Hai ! Saya Ain. Bila tengok upin dan ipin, orang panggil tarak layan oke.

Hai ! Saya Mia. Saya tido bertemankan Ipin. Upin Kak Ain yang punyer. 

Kami buddyz ! Kami tak akan terpisah. Kami geng macam Upin dan Ipin. *Sorry, kita (Ain) seksi . Hehe






13 December 2012

Bosan =,=


Assalamualaikum..


Bosan..bosan..bosan [baca sambil nyanyi untuk hilangkan bosan] .. Today, we suppose have two class but all are canceled *bajet rajin pergi kelas ok* . Tapi kan, kalau ada kelas pun tak best sebab ada suasana tak best kat situ. Huhu LoL .



Lagi BOSAN...... Balik rumah sewa tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv tak de citer best, nak tengok movie tak de mood nak layan la pulak. So, online je la. Main bukak tutup blog, twitter, facebook, youtube. Update blog sepukul, blogwalking sepukul, solat, makan nasi, tido la jawabnya. 

Twinkle twinkle little star, how i wonder what you are. Blaablaablaa.. Krohhhh *tido . Jeng !





10 December 2012

Mencintai Tak Semestinya Memiliki


Assalamualaikum.

"Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah terhakis"

Kita sebagai manusia selalu dan mudah terjerat dengan perasaan suka, cinta, kasih dan sayang. Semuanya bermula dengan perasaan suka sebab bila kita dah mula suka dengan seseorang, kita akan melayan perasaan dari satu peringkat ke peringkat lain iaitu kita mula mencintai orang itu.

Mencintai itu tak salah sebab kita nie manusia biasa je, kita diciptakan dengan adanya perasaan dalam diri kita. Oke, apa yang Mimie taip nie sedikitnya adalah dari perasaan dan pengalaman Mimie sendiri. Yup ! I used to love somebody and i didn't show it and i don't want everybody to know about it. Mimie hanya mampu berdoa, kalau ada jodoh ada la dia di sisi Mimie.

That's why I didn't put high expectation for him to love me. Last experiences makes me little more mature.

Cinta tak boleh dipaksa. Bukan kerana cinta kita bersama.. Bukan kerana sayang kita ada.. Tapi kerana jodoh itu telah tiba.. Cinta dan sayang pasti seiring dengannya
We're free ! Ikhlaskanlah hati untuk bebaskan orang yang kita cinta dan bebaskanlah hati kita untuk terima segala ketentuan dan jodoh yang ditentukan olehNya.

Insyaallah.. : ) 

p/s : Jangan tanya siapa DIA sebab Mimie tak akan JAWAB ! Sorry, Biarlah rahsia..

# Setiap gambar dari Google..


8 December 2012

Wanita Yang Mencintaimu


Assalamualaikum.

Touching tiba-tiba ..

Dah terjadi pun.. Luka kalau dah sembuh pun, parut tetap ada untuk mengenangkan rasa sakit itu.


1234 Followers :)


Assalamualaikum..

Kita nak bagitahu benda nie, followers kita kan dah 1234 orang. Cantik tak followers kita ? Kita pun kadang-kadang tak percaya tengok bilangan followers kita sebab kita rasa blog kita biasa biasa je..

Percaya tak ? percaya tak ? Followers lain, readers lain pun kita sayang jugak.. Muahmuahmuah *bighug

Ainil Fazieda la follower kita yang ke 1234 tue. Klik header blog atau  BLOG AINIL  untuk singgah.. : )

Maaf ya Ainil, Mimie printscreen header awak. Awak awak semua jom la singgah blog Ainil. Tapi kalau boys nak usha dia, tak payah la dia dah ada yang punya tu. Hehe






7 December 2012

Impian aka Dream ..


Assalamualaikum..

# Entry sedikit panjang. Tiada paksaan agar entry ini dibaca. Kunjungan kalian tersangatlah dihargai. Tq : )

Tiba tiba malam nie nak cakap pasal impian pulak. Uollss, hidup kita nie kena ada impian tau ataupun bila dah tak tercapai, namanya akan bertukar menjadi angan-angan. Orang cakap bila ada impian, masa depan lebih teratur. Kadang kadang apa yang kita khayalkan tu adalah impian. Betul ke ?

Same goes with me, impian Mimie macam-macam since dari sekolah rendah lagi dan Mimie impikan dari setiap aspek untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik ok. Tapi tak semua impian jadi kenyataan tau, part tu kita kena redha la. Impian yang tercapai tu rezeki dan rezeki tu rahsia Allah kan ?

Masa kecil dulu, orang selalu tanya apa cita-cita kita kan? Mimie selalu jawab nak jadi doktor walaupun kawan-kawan Mimie lebih prefer nak jadi cikgu.Bila naik sekolah menengah doktor tu di spesifikkan kepada doktor haiwan bila Mimie cenderung sayangkan binatang. Faktor persekitaran mungkin. Tapi nak jadi doktor tak semudah yang disangka. Mimpi hanya tinggal mimpi, sampai sekarang Mimie tiada cita-cita yang tetap. 

Mekah. Semoga impian Mimie untuk jejakkan kaki ke Mekah tercapai dan boleh bawak mak abah Mimie sekali. In Shaa Allah =D

Rumah impian Mimie. Tak dapat macam nie, ala-ala macam nie pun dah ok. #Gambar rumah tu dikatakan rumah Mr.Bean. Mimie tak sure.

Audi R8. Walaupun tak pandai bawak keta, kereta idaman tetap ada dalam mimpiku. Nak kerja apa eh untuk dapatkan keta nie ? Hehe

Switzerland. Impian Mimie nak sambung belajar kat negara nie sebab Mimie rasa swiss tersangatlah cantik. Impian nak sambung belajar hanya tinggal mimpi, cuma Mimie harap dapat melawat swiss satu hari nanti.

Pulau Jeju. Semuanya akibat terpengaruh dengan drama korea. Hehe tapi siyesly, Korea tersangatlah cantik. Semoga impian Mimie nak ke sana tercapailah. : )

Impian Mimie masa awal-awal remaja dulu. Hehe berangan nak perkahwinan dalam taman. Setakat kerja tanam anggur, mimpi aje la eden nih. Hehe akad nikah tu yang penting uollss.

Dalam meniti usia, Mimie impikan keluarga yang bahagia dengan kehadiran anak-anak yang comel lagi soleh dan solehah. 

Apalah gunanya hidup kalau tiada keberkatan. Semoga keberkatan dari Allah SWT sentiasa mengiringi hidup Mimie, mak abah Mimie dan keluarga Mimie. In Shaa Allah. Aminn : )

# Semua gambar adalah bersumberkan google. 

5 December 2012

Wordless Wednesday. #Hati


Assalamualaikum..

Selalulah bersidang di mahkamah hati,
hati tidak akan pernah berdusta selagi hati tidak mati.

4 December 2012

Rindu Dia ..


Assalamualaikum..

Mia Zara

Ainnur Suffiy

Abang & Adik

Selama cuti sebulan setengah, Mimie spend time dengan mereka. Baru tiga hari berpisah dengan mereka, dah rindu sangat-sangat dengan mereka dan Mimie kena sabar lagi dua minggu nak jumpa diorang. sobsobsob



3 December 2012

Back To December

Assalamualaikum...


Hah ! Already December and 2012 will leaves us around 27 days. Time running without we realize it and because of time we are always losses. 

Ingat la Lima Perkara sebelum Lima Perkara :
SIHAT sebelum SAKIT,
MUDA sebelum TUA,
KAYA sebelum MISKIN,
LAPANG sebelum SEMPIT,
HIDUP sebelum MATI.

I want to live my life without stress and worries, I don’t need to be rich or famous, I just want to be happy.

14 November 2012

Wordless Wednesday : Doa Awal & Akhir Tahun

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah kepada semua. Semoga tahun baru membuatkan kita lebih berazam dan beramal kepada jalan lurusNya. 


Nota Kaki : Biasanya kita selalu lupa pasal awal muharram tapi lebih ingat 1 Januari kan ?


13 November 2012

Makan..Makan..Makan

Assalamualaikum..

Kita selalu dengar makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Dan Rasulullah pernah bersabda " Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang " .


Dalam Islam, setiap benda ada cara dan adatnya. Walhal, bab makan pun ada caranya iaitu makan secara sihat. Makan secara sihat ataupun kita pangil diet sangat penting. Rasulullah SAW pun ada diet yang tersendiri :) .

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH   TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Semoga perkongsian ini berguna. Agree with me dearest ? ツ


12 November 2012

Bercinta Selepas Kahwin

Assalamualaikum..

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.



Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.


"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".


Sumber : Pakar Cinta 

11 November 2012

You’ve Fallen For Me


Assalamualaikum..



You’ve Fallen For Me — Jung Yong Hwa “CN Blue” (Heartstrings)

Lyric Hangul

넌 내게 반했어
우연히도 그렇게 우리 시작됬나봐
처음엔 사랑일꺼라고 꿈에도 몰랐는데 그게 사랑일줄이야
심장이 막 자꾸만 두근두근 거리고
날보면 미소만 흐르고 니맘도 모르게 날 사랑하게 된거야
넌 내게 반했어 반했어 달콤한 내사랑에 녹아버렸어
넌 내게 반했어 반했어 황홀한 내 눈빛에 취해버렸어
see my eyes 넌 내게 빠졌어
see my eyes 넌 내게 반했어
사랑은 늘 갑자기 운명처럼 오나봐
어느날 찾아온 소나기처럼 날 적셔놓고 그게 사랑일줄이야
눈감아도 자꾸만 문득문득 떠올라
빨개진 얼굴을 볼때면 니맘도 모르게 날 사랑하게 된거야
넌 내게 반했어 반했어 달콤한 내사랑에 녹아버렸어
넌 내게 반했어 반했어 황홀한 내 눈빛에 취해버렸어
see my eyes 넌 내게 빠졌어
see my eyes 넌 내게 반했어
나도 널 사랑해 사랑해 이제 널 사랑한다 고백할 거야
나도 널 사랑해 사랑해 내맘이 사랑한다 말하고 있어
see your eyes 나만 바라봐줘
see your eyes 난 너를 사랑해
(see my eyes) 이시간이 지나도 영원히
(see my eyes) 나도 모르게 넌 내게 반했어

Romaji
uyeonhido geureoke uri sijakdoennabwa
cheoeumen sarangilkkeorago kkumedo mollanneunde geuge sarangiljuriya
simjangi mak jakkuman dugeundugeun georigo
nalbomyeon misoman heureugo nimamdo moreuge nal saranghage doengeoya
neon naege banhaesseo banhaesseo dalkomhan naesarange nogabeoryeosseo
neon naege banhaesseo banhaesseo hwangholhan nae nunbiche chwihaebeoryeosseo
see my eyes neon naege ppajyeosseo
see my eyes neon naege banhaesseo
sarangeun neul gapjagi unmyeongcheoreom onabwa
eoneunal chajaon sonagicheoreom nal jeoksyeonoko geuge sarangiljuriya
nungamado jakkuman mundeungmundeuk tteoolla
ppalgaejin eolgureul bolttaemyeon nimamdo moreuge nal saranghage doengeoya
neon naege banhaesseo banhaesseo dalkomhan naesarange nogabeoryeosseo
neon naege banhaesseo banhaesseo hwangholhan nae nunbiche chwihaebeoryeosseo
see my eyes neon naege ppajyeosseo
see my eyes neon naege banhaesseo
nado neol saranghae saranghae ije neol saranghanda gobaekhal geoya
nado neol saranghae saranghae naemami saranghanda malhago isseo
see your eyes naman barabwajwo
see your eyes nan neoreul saranghae
(see my eyes) isigani jinado yeongwonhi
(see my eyes) nado moreuge neon naege banhaesseo

TERJEMAHANNYA

Permulaan dimulai secara kebetulan diantara kita
Pertama, aku tidak pernah tau ini akdan menjadi cinta bahkan did al,m mimpi, tapi
Hatimu tetap berdebar thump thump
Kau tetap tersenyum padakau dan mulai mencintai ku tanpa menyadarinya
Kau jatuh untuk ku, jatuh untuk ku, meleleh pada cinta manis ku
Kau jatuh untuk ku, jatuh untukku, terpesona oleh tatapan menawan saya
Lihat mata ku kau jatuh untuk ku
Lihat mata ku kau telah jatuh untuk ku
cinta selalu datang tiba-tiba seperti takdir
itu merendam ku seperti mandi tidak pernah tahu itu adalah cinta
bahkan mata tertutup teringat kamu dari waktu ke waktu
setiap kali kau melihat wajah mu memerah. Kau jatuh cinta padaku tanpa kau sadarinya
Kau jatuh untuk ku, jatuh untuk ku, meleleh pada cinta manis ku
Kau jatuh untuk ku, jatuh untukku, terpesona oleh tatapan menawan saya
Lihat mata ku kau jatuh untuk ku
Lihat mata ku kau telah jatuh untuk ku
Aku jatuh cinta pada mu juga sekarang akan mengaku sedang jatuh cinta padamu
Aku jatuh cinta pada mu juga hatiku berkata aku cinta pada mu
Melihat matamu hanya melihat pada ku
Melihat matamu aku cinta kamu
(melihat mata ku) selama-lamanya bahkan setelah berjalannya waktu
(melihat mata ku) tanpa sadar kau telah jatuh untuk ku…

Mia Tidur Style


Assalamualaikum..

Hai.. Dah cuti sekolah ghupenya yek. Buat ape je hujung minggu nie ? Mesti sakan update blog, paling tak keluar jalan-jalan pergi shopping kan ? Mimie tiap hari hujung minggu, mana tak nya orang lain pergi sekolah pergi kerja Mimie melangut buat tahik mata. Tapi weekend Mimie tak dapat nak pergi mana-mana pun. huhu

Dalam usia baru mencecah 20 tahun walhal sebelum tue lagi Mimie dah bergelar janda. Janda anak dua tau ? Janda berhias memang tak rr.. sobsobsob nangis sambil lap hingus meleleh. eeeuukkssss ! Bukan main-main status I tau. so, ada lagi ke anak teruna kat luar sana nak I nih.. hohohoiiii.. :p

Nie la anak-anak I. Si abang nama Danial, Si adik nama Mia.

Biasa la anak-anak ramai nih. Ragam pun banyak. Si abang main je tau, mandi dengan makan pun kena paksa. Tido tu memang tak la kan. Si adik pulak tido je memanjang. Main pun kejap-kejap je. Tido pulak macam-macam style ada.

Nie haa style dia. Anak siapa yang tido macam dia ? Share sikit. Heee
Style paling ayu.

Style separa buasss.

Style lepas kena suntik.

Style buat atuk nenek terkejut tengok cucu tido.

Yang nie style paling ganas dan paling buass. Kepala dah tak lekat atas bantal.

Walaupun hanya janda pada anak-anak buah, Mimie akan jadikan pengalaman ini sebagai titik mula belajar untuk timang anak sendiri nanti. Biasa la, I nak anak ramai nanti.  Haha Gatal tak I ?? Eeeuuu. Menyampah kan ! 

10 November 2012

Comeback Entry ...


Assalamualaikum..

Yesss.. Selepas hampir sebulan tak update blog, hari nie Mimie update jugak blog. Ada tak yang menunggu entry dari Mimie ? Soalan perasan gila diri ini pemes. Hehe gurau je lah. Mmmm. Blog tak berupdate sebab tak de kesempatan tapi bila dah berkesempatan kemalasan pulak melanda.

Alhamdulillah, Hari nie umur Mimie dah 20 tahun 2 hari. Dah masuk angka puluh weii umur ambo nih, tua la tuh. Syukur ke hadrat illahi kerana Mimie masih bernyawa di bumi Allah SWT untuk menjalani sisa-sisa hidup yang ada. Ajal maut di tangan Allah SWT, beramalah selagi ada kesempatan. Mimie harap hari-hari yang mendatang mematangkan diri ini. Insyaallah.

Oh ya, students diploma UiTM pasti tengah rancak bercakap tentang result final exam kan ? sesi Jun-Oktober 2012 yang keluar pada 9/11. Tahniah buat semua especially kawan-kawan UiTM Kuala Terengganu. Dengar-dengar ramai yang meningkat naik yakni yang dapat anugerah dekan. Mimie ? Alhamdulillah, I'm one of them. Bangga ke ? Tak terniat pun di hati Mimie nie, sekadar nak menghargai usaha sendiri.

Hadiah for my 20th birthday.. Alhamdulillah


15 October 2012

Only 14 Pageviews ?


Assalamualaikum..

Hah ! Mana lagi 000000000000 ++ dekat belakang tuh ? Haha..


13 October 2012

Alhamdulillah.. Kalau Ini Yang Korang Cari..


Assalamualaikum..

Tetiba rasa nak hupdate blog hari nie. Tapi sebelum tu login Encik Nuffnang dulu, biasa lah nak tengok gaji kita, kot-kot bonus bertambah ke. Alhamdulillah, berganjak la jugak 25 sen. Haha Ok la dari tak de tu.

Dalam pada semak gaji tu, semak la jugak bilangan pelawat rumah Mimie nih. Still ada yang sudi melawat, terima kasih la semua. Dah ada pelawat tu, nak tahu la jugak dari mana datangnya dan macam mana boleh jumpa rumah Mimie nih. 

Keywords untuk hari ini. Alhamdulillah, korang tak search benda merepek-merepek tuh. Bagus-bagus, anak siapa la nih. Hehe

“Bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi.” - Andrea Hirata, Sang Pemimpi

A friend who understands your tears is much more valuable than a lot of friends who only know your smile.



12 October 2012

Meet My Friends : Review Blog


Assalamualaikum..

Pheww ! Asal nak update blog je, idea kering. Why ? why ? Adakah ini menunjukkan yang Mimie patut resign dari dunia blog ? Yup.. fikir-fikir balik bukan senang ghupenya nak jadi blogger. Tapi betul ke ? Entah la, Mimie pun tak tahu. 

Dah..dah.. jauhnya menyimpang dari niat asal, merepek entah ke bendanya pulak Mimie nie. Cakap nak review blog. Oke, sebelum tu Mimie nak uar-uarkan yang final exam Mimie dah nak habis, tinggal satu paper je lagi. Hari ahad tamat exam, hari isnin nak cabut balik kampung. Jom la, happy sama-sama dengan Mimie. 

Cukup setakat itu, meh Mimie kenalkan blog yang nak Mimie review nih. Actually, mereka (sebab dua orang) nie kawan Mimie yang boleh dikatakan rapat jugak eh rapat ke? . Yela, tajuk entry pun dah meet my friends. Haha mengarut-mengarut.

Untuk pengetahuan semua, mereka yang direview adalah dari golongan bijak-bijak, dan mereka adalah debators UiTM Chendering. Arggh ! malu eden dengan mereka tapi i cool je. Haha

Blog pertama..
Blog Pjie Kun 

Blog kedua..

Pssttt : Nanti korang sudi-sudi la singgah blog mereka, alang-alang dah singgah tu follow la sekali. Bagi tahu mereka, insyaallah mereka follow balik. Kalau ada yang nak try mereka tu, insyaallah mereka tu single lagi. Mimie pun tak konfem mana, almaklumlah orang glamour. Hehe

KLIK LINK UNTUK INFORMASI TERHANGAT

7 October 2012

I'm Not A Robot


Assalamualaikum..

Sakit pulak hati kita bila nak tinggal komen masa BW tiba-tiba keluar benda nie. Dua tiga kali try untuk dua tiga orang tapi tak jalan jugak, memang tak la lepas tu kan. Sorry guys, terpaksa la Mimie jadi silent reader lagi.. :(

Oke, untuk buang benda tu :
Dashboard > Setting > Posts and Comments > Show word verification > No

Buang la, baru sedap blogger lain nak tinggal jejak. 



6 October 2012

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "


Assalamualaikum bloggers ...

Klik banner untuk join.. lai lai lai..

kenapa korang berblog ?
Mimie gunakan blog untuk mengekspressikan perasaan since Mimie tak berapa suka dan malu nak meraban masalah dekat orang lain. Dah nama pun blog nie diari online, so gunalah teknologi yang ada nie. Heee

Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ?
Tak pasti lah pulak macam mana boleh terjebak tapi maybe disebabkan Mimie suka baca dan explore blog orang. Dari dulu dan sampai sekarang, Mimie ialah silent reader tegar dekat blog orang dan bila tengok blog cantik-cantik, semakin besar nafsu keinginan nak ada blog sendiri. 

Apa tujuan utama/asal korang berblog ? 
Sama la kot macam atas tu. Sekadar nak mencatat dan membuku perasaan dan memori hidup. Lagipun, Mimie perasan yang blog dah jadi trend sekarang. Selain menulis, blog pun jadi tempat dapat kenalan baru. =D

Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? 
Blog Mimie ada yang menarik ke? Hehe.. Korang nilai lah sendiri, Karang Mimie cakap kat sini, korang cakap Mimie perasan pulak.. Hehe

siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging .
Susah nak cakap, Mimie suka semua. Ada jugak blogger yang follower ciput tapi blognya bagus tu pun menjadi inspirasi Mimie. Blogger otai apatah lagi kan. Hehe

Last but not least, Mimie harap  Blog Mimie Michiko nie boleh diterima ramai dan ada yang sudi singgah dekat sini. Baibai !