24 November 2011

ada benarnya

"yang terucap tak semestinya sama dengan yang di dalam"

straight to the point. aku dapat mesej dari seorang kawan ex-aku sebenarnya...

x: salam. awak macam mana sekarang? ok x?
aku: wasalam. ok jer, knp?
x: saja tanya. rasa macam ada something yang xkena je.
aku: apa tu? saya ok jer.
x: ok. xnak tanya banyak lagi sekarang. maaf tiba-tiba mesej
aku: xde hal la. xkisah pun.
x: hurmm. yang terucap tak semestinya sama dengan yang didalam. last, dia minta doakan dia dapat grad dengan cemerlang.

so, apa yang aku nak highlight kan ialah tulisan yang aku dah quote. aku setuju sangat dengan apa yang dia cakap sebab begitu la sikap manusia. perkataan yang dilontar kadang-kadang sebab nak jaga perasaan orang yang berada dekat dengan kita. begitu juga aku masa aku balas mesej dia. ya! apa yang aku taip tu sebab nak jaga perasaan dia je tapi hakikatnya pada awal mesej pun aku malas nak balas sebab ingatan tentang apa yang dia dah buat pada aku sangat jelas. 

jadi, aku bukan nak mencanangkan yang aku ni baik ke apa tapi sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, janganlah terlalu mudah untuk menyinggung perasaan orang lain, walaupun mereka pernah menyakitkan hati kita. tak salah untuk kita membuka mulut walaupun bukan dari lubuk hati kita sebab ia lebih baik dari bermasam muka.


No comments: