27 November 2011

aku menyesal



kerana ikutkan hati... semua ini berlaku! tiada lagi ketenangan untuk aku menghadapi hari-hari mendatang hanya. ya allah! aku menyesal .. i'm broken my mom's heart...

ya allah.. aku mohon keampunan dariMU

26 November 2011

salam awal muharram

selamat menyambut maal hijrah kepada semua umat islam seluruhnya. semoga tahun ini kita boleh tekadkan azam untuk  melakukan penghijrahan  kepada sesuatu yang lebik baik dalam pelbagai aspek kehidupan. 


doa akhir tahun dan awal tahun

DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. 
Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

24 November 2011

ada benarnya

"yang terucap tak semestinya sama dengan yang di dalam"

straight to the point. aku dapat mesej dari seorang kawan ex-aku sebenarnya...

x: salam. awak macam mana sekarang? ok x?
aku: wasalam. ok jer, knp?
x: saja tanya. rasa macam ada something yang xkena je.
aku: apa tu? saya ok jer.
x: ok. xnak tanya banyak lagi sekarang. maaf tiba-tiba mesej
aku: xde hal la. xkisah pun.
x: hurmm. yang terucap tak semestinya sama dengan yang didalam. last, dia minta doakan dia dapat grad dengan cemerlang.

so, apa yang aku nak highlight kan ialah tulisan yang aku dah quote. aku setuju sangat dengan apa yang dia cakap sebab begitu la sikap manusia. perkataan yang dilontar kadang-kadang sebab nak jaga perasaan orang yang berada dekat dengan kita. begitu juga aku masa aku balas mesej dia. ya! apa yang aku taip tu sebab nak jaga perasaan dia je tapi hakikatnya pada awal mesej pun aku malas nak balas sebab ingatan tentang apa yang dia dah buat pada aku sangat jelas. 

jadi, aku bukan nak mencanangkan yang aku ni baik ke apa tapi sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, janganlah terlalu mudah untuk menyinggung perasaan orang lain, walaupun mereka pernah menyakitkan hati kita. tak salah untuk kita membuka mulut walaupun bukan dari lubuk hati kita sebab ia lebih baik dari bermasam muka.


perbezaan lelaki dan perempuan

Perempuan..
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamok,
senang berleter tapi susah marah,
senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki ..
susah utk difahami tapi senang memahami,
susah utk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah utk memarahi tapi mudah menegur,
susah utk setia tapi mudah bertahan,
susah utk menangis tapi mudah tersentuh


SUMBER: FACEBOOK



16 November 2011

debaran semakin terasa

esok keputusan UPSR keluar dan sekarang jantung aku yang berdegup kencang....waaaaa! walhal yang ambil adalah adik bongsu aku....aku overlapping der ! hoho good luck to adik..

good luck adik....KHAIRUL SYAFIQ IKHWAN
walau macam mana pun keputusan terimalah dengan hati yang terbuka..
kerana adik dah berusaha dan buat yang terbaik... chill!



8 November 2011

officially 9teen

sebelum apa-apa, rasanya tak terlambat lagi untuk ana mimie mengucapkan 
SALAM AIDILADHA..
** baru boleh wish sebab kepeningan kepala yang menyerang patik..haha

>>berbalik ke topik asal....

hari ini...
8 NOVEMBER 2011!
genapla hamba 19 tahun menghuni di muka bumi ALLAH swt ini...
aku bersyukur ke hadrat ilahi dengan izinNya, aku mampu lagi menyedut oksigen di alam ciptaanNya
so? happy birthday to me la....hahaha

FIRSTLY...
trillion thanks for my beloved mom PN. FARIDAH BT MUSA yang
...bersusah payah mengandungkan aku 9 bulan 10 hari
...bertarung nyawa melahirkan aku 
...membesarkan aku dari sekecil tapak tangan sehingga tumbesaran terbantut
...menyekolahkan aku sehingga kenal kampus kecil uitm aku sekarang...

wishlist for my 9teen..
1) aku nak jadi lebih matang dalam menghadapi hidup di dunia ini.
2) aku mahu lebih dekat denganNya.
Dalam usia bagini….. Aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang Aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

FOOT NOTE:
***terima kasih banyak2 kepada yang wish..semoga kalian dalam limpahan kurniaan rahmatNya..